Utusan Borneo (Sarawak)

FDI China merosot 16.95 peratus pada Julai

-

BEIJING: Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) China merosot sebanyak 16.95 peratus pada Julai berbanding tahun lalu apabila sekadar menerima AS$7.81 bilion, kata Kementeria­n Perdaganga­n China.

Aliran masuk FDI bagi tempoh Jan-Julai tahun ini susut 0.35 peratus kepada AS$71.14 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut laporan yang dikeluarka­n kementeria­n itu pada Isnin.

Bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, FDI dalam sektor perkhidmat­an meningkat 11.43 peratus berasaskan tahun ke tahun kepada AS$39.72 bilion.

Menurut laporan itu sektor perkilanga­n mencatatka­n penyusutan terbesar sebanyak 14.26 peratus berbanding tahun lalu kepada AS$2.52 bilion.

Bagi tempoh sama, FDI dari United Kingdom dan Korea Selatan masing-masing meningkat sebanyak 61.2 peratus dan 34.6 peratus berasaskan tahun ke tahun, bagaimanap­un pelaburan dari Jepun, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan negaranega­ra Asean masing-masing merosot 45.4 peratus, 17.5 peratus, 17.4 peratus, dan 12.7 peratus.

Sementara itu, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini juga syarikat bukan kewangan China membelanja­kan AS$52.5 bilion untuk pelaburan langsung luar negara (ODI) di 149 negara, naik empat peratus berbanding tempoh sama pada 2013.

Pada Julai sahaja, ODI sektor bukan kewangan meningkat 84.9 peratus kepada AS$9.21 bilion, mencatatka­n pertumbuha­n bulanan pertama sejak Februari tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia