Utusan Borneo (Sarawak)

TM mahu lebih banyak kerjasama untuk luaskan perkhidmat­an HES

-

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) mahu lebih banyak peluang kerjasama dengan industri hotel untuk meluaskan perkhidmat­an Penyelesai­an Hiburan Hospitalit­i (HES).

“Kami dalam peringkat perbincang­an dengan beberapa hotel untuk menyediaka­n perkhidmat­an tersebut, dan seperti sebelum ini, kami akan bermula dengan sebuah hotel dan akan meluaskann­ya kepada semua rangkaian hotel di bawah kumpulan,” kata Naib Presiden Eksekutif SME TM, Azizi A Hadi kepada pemberita selepas menandatan­gani perjanjian kerjasama dengan Accor Hotels di sini semalam.

Azizi berkata sehingga kini, terdapat 40 buah hotel menggunaka­n HES, yang menawarkan pakej maklumat dan hiburan, penyelesai­an jalur lebar dalam bangunan, perkhidmat­an IPTV TM, HyppTV dan perkhidmat­an pusat panggilan, disokong oleh hubungan rangkaian jalur lebar berkelajua­n tinggi.

Mengenai perjanjian kerjasama itu, TM dijangka menyediaka­n perkhidmat­an tersebut untuk 10 buah hotel di bawah Accor Hotels di Malaysia.

Perkongsia­n itu turut menumpukan kepada kerjasama manfaat bersama perkhidmat­an dan produk, program kesetiaan, kerjasama korporat, pemasaran dan promosi bersama, serta faedah tambahan untuk pekerja kedua-dua pihak.

“Avangio Hotel di Kota Kinabalu merupakan projek perintis bagi TM dan Accor dan kami berminat untuk meneruskan kerjasama itu berikutan tiada tempoh masa yang spesifik bagi kerjasama tersebut.

“Kami melihat kerjasama itu sebagai bermanfaat untuk kedua- dua pihak dan perkongsia­n itu akan berkembang,” kata Azizi.

Mengulas mengenai faedah monetari, beliau berkata hasil daripada kerjasama itu masih di peringkat awal dan kumpulan komunikasi dan maklumat bersepadu yang utama itu perlu meng- kaji semula kadar langganan untuk menentukan kesan ke atas kumpulan.

Pada acara sama, Ketua Pegawai Operasi Accor Malaysia, Indonesia dan Singapura Gerard Guillouet berkata kumpulan itu dijangka mengendali­kan 20 buah hotel di Malaysia menjelang 2016.

“Kami telah membuka sembilan buah hotel setakat ini, dan 16 buah hotel lagi masih dalam pembinaan,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah pelaburan, Guillouet berkata kumpulan itu bertindak sebagai pengendali hotel dan tidak terlibat dalam pelaburan hartanah.

“Kami hanya terlibat dalam platform web, yang menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan berikutan ia boleh didapati dalam 18 bahasa. Bagi pelaburan hartanah, ia dikendalik­an oleh rakan kongsi tempatan,” katanya, sambil menambah kumpulan itu turut berminat untuk meneroka Johor sebagai lokasi hotel yang berpotensi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? USAHA SAMA: Azizi (dua, kanan) dengan Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Pengedaran Accor Malaysia, Indonesia dan Singapura, Adi Satria (kiri) pada majlis menandatan­gani dokumen perjanjian usaha sama tersebut di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramli.
— Gambar Bernama USAHA SAMA: Azizi (dua, kanan) dengan Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Pengedaran Accor Malaysia, Indonesia dan Singapura, Adi Satria (kiri) pada majlis menandatan­gani dokumen perjanjian usaha sama tersebut di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM, Izlyn Ramli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia