Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sedia timbang penyertaan GWGF dalam koperasi FELDA 2: Najib

-

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia menimbang penyertaan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dalam Koperasi Permodalan FELDA 2 (KPF 2).

Perdana menteri berkata ini berasaskan minat yang ditunjukka­n GWGF dalam sektor koperasi selain yakin penglibata­n dan kerjasama gabungan itu akan memberi manfaat besar, khususnya kepada peneroka yang melabur dalam koperasi itu.

“Sedar GWGF ada minat besar mainkan peranan dalam KPF 2 FELDA...ia dalam pertimbang­an kita.

“Kita sedia timbang idea dan cadangan bernas GWGF. Semoga dengan kerjasama ini komuniti Felda akan lebih maju pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Aidilfitri anjuran GWGF di Universiti Putra Malaysia ( UPM) di sini semalam.

KPF 2, koperasi khusus untuk generasi baharu FELDA, diluluskan penubuhann­ya pada 2011 dan bakal menjadi model pembanguna­n ekonomi generasi baharu yang juga pelengkap kepada Koperasi Permodalan FELDA.

Dalam pada itu, Najib berkata GWGF sebagai badan bukan kerajaan merupakan contoh terbaik dalam menjayakan dasar kerajaan membangunk­an komuniti luar bandar serta membasmi kemiskinan.

Justeru, beliau meminta GWGF memberi input serta cadangan bernas kepada kerajaan untuk terus meningkatk­an pendapatan serta taraf hidup komuniti FELDA.

Dalam perkembang­an lain, beliau menyambut baik penubuhan sebuah akademi golf di UPM yang disifatkan­nya sebagai satu langkah tepat untuk mencungkil lebih banyak bakat berpotensi dalam kalangan anak peneroka FELDA.

“Generasi pertama FELDA tidak pandai main golf, mereka mungkin main guli, gasing atau sepak takraw. Tetapi generasi kedua, mempunyai bakat dan potensi sehingga yang datang dari ceruk FELDA boleh menjadi johan golf ( pada Kejohanan Golf Tahunan GWGF 2014 semalam),” katanya.

Turut hadir Pengarah Besar FELDA Datuk Faizouli Ahmad dan Presiden GWGF Tan Sri Rozali Ismail. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib beramah mesra bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Siram Kasih Rawang ketika hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib beramah mesra bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Siram Kasih Rawang ketika hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia