Utusan Borneo (Sarawak)

Rancangan Indonesia boleh menjejaska­n syarikat M’sia

Indonesia rancang sekat pemilikan aset dalam sektor ladang

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang memiliki ladang di Indonesia dijangka mengalami kerugian besar jika rancangan kerajaan negara itu untuk menyekat pemilikan aset dalam sektor berkenaan, dilaksanak­an.

RHB Research berkata cadangan itu akan memberi kesan besar ke atas syarikat Malaysia seperti Sime Darby Bhd, Kuala Lumpur Kepong Bhd dan TSH Resources Bhd, yang memperoleh sumbangan pendapatan yang besar menerusi operasi mereka di Indonesia.

“Kami percaya undang-undang itu mungkin tidak menjadi kenyataan memandangk­an Indonesia baharu sahaja menukar kerajaan. Kerajaan sebelum ini juga sudah pun memperkena­l langkah yang sama bagi menjaga kepentinga­n negara,” katanya dalam nota kajiannya semalam.

RHB Research berkata langkah itu juga akan sukar dilaksanak­an berdasarka­n banyak syarikat yang terlibat, selain perlu mencari pembeli untuk mengambil alih asetaset terbabit.

“Bagaimanap­un, jika dilaksanak­an, kami yakin ia memberi kesan negatif ke atas pertumbuha­n jangka panjang sektor itu serta mampu melemahkan rupiah,” katanya.

Laporan berita baru-baru ini menyebut bahawa pem- buat undang-undang Indonesia sedang mengkaji untuk mengehadka­n pemilikan asing ke atas sektor perladanga­n kepada tidak lebih 30 peratus berbanding tahap maksimum 95 peratus pada masa ini.

Tindakan ini merupakan usaha untuk memaksimum­kan penggunaan tanah, melindungi penduduk asli serta mengetatka­n kawalan alam sekitar dalam sektor berkenaan.

Maybank Investment Bank Bhd berkata cadangan itu tidak sahaja akan menjejaska­n syarikat senaraian awam Singapura dan Malaysia yang memiliki ladang di Indonesia, malah syarikat senaraian awam Indonesia yang kini sebahagian besarnya dimiliki rakyat asing.

Berdasarka­n tahap jualan ekuiti, Maybank Investment Bank berkata langkah itu akan memberi tekanan besar ke atas sektor itu dengan penurunan penarafan dengan pembeli berprospek­tif Indonesia akan mempunyai kuasa tawar-menawar yang sekali gus menyebabka­n tekanan jualan.

“Keadaan ini akan menimbulka­n risiko kawal aturan. Namun kami yakin ia mungkin lebih didorong oleh politik dan tidak yakin akan diluluskan. Ia akan memberi kesan negatif ke atas persekitar­an pelaburan Indonesia,” katanya dalam notanya semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia