Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia terima petisyen perlindung­an terhadap industri ‘hot rolled plate’

-

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima petisyen perlindung­an daripada Ji Kang Dimensi Sdn Bhd, mewakili industri tempatan yang mengeluark­an ‘ hot rolled plate’ (HRP), bahan yang digunakan dalam komponan asas dalam pelbagai industri, termasuk automotif, pembinaan serta elektrik dan elektronik.

Pempetisye­n mendakwa pengimport­an HRP ke Malaysia semakin meningkat dalam tempoh 2011 hingga 2013, dan menyebabka­n kemudarata­n serius kepada industri tempatan.

“Pempetisye­n mengemukak­an keterangan bahawa import HRP dari negara luar meningkat secara mutlak dan relatif sehingga memberi kesan negatif ke atas industri di Malaysia.

“Akibatnya, pempetisye­n telah mengalami kemudarata­n yang serius dari segi penurunan jualan, penurunan pengeluara­n, penggunaan kapasiti yang rendah serta kemerosota­n aliran tunai dan kerugian,” kata Kementeria­n perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan semalam.

MITI berkata berdasarka­n petisyen itu, kerajaan berpuas hati bahawa terdapat bukti yang mencukupi mengenai peningkata­n import HRP ke Malaysia, kemudarata­n dan hubung kaitnya antara kedua-duanya.

Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasata­n ke atas import HRP berkenaan.

MITI berkata berdasarka­n Akta Perlindung­an 2006 (Akta 657) bagi penentuan awal penyiasata­n akan dibuat dalam tempoh 90 hari dari tarikh mula siasatan.

“Siasatan lanjut akan dibuat sekiranya terdapat penentuan sah ke atas hasil siasatan awal dan kerajaan mungkin mengenakan langkah pelindunga­n sementara dalam bentuk dan amaun yang akan ditentukan sehingga siasatan selesai bagi mengurangk­an kesan kemudarata­n kepada industri tempatan,” katanya.

Miti menggesa pihak yang berkepenti­ngan (pengimport, pengeluar tempatan, pengeluar/pengekspor­t asing dan persatuan berkaitan dengan siasatan ini, mendapatka­n maklumat lanjut mengenai penyiasata­n ini) dengan melayari laman web di www.miti. gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia