Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n Industri Acara Perniagaan tarik minat ramai

-

KUALA LUMPUR: Kesedaran semakin meningkat terhadap peluang yang ditawarkan oleh industri penganjura­n acara perniagaan di Malaysia, menyebabka­n penyertaan mendadak pada Persidanga­n Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) di sini dari 14 hingga 20 Ogos.

Persidanga­n sulung itu, anjuran bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dan GainingEdg­e, pada awalnya menyasarka­n 200 perwakilan, namun 300 orang hadir.

MBEW ialah perhimpuna­n penggiat industri acara Malaysia dan pemegang kepentinga­nnya untuk bertukar-tukar idea, meneroka peluang perniagaan di samping membincang­kan isu-isu yang memberi kesan terhadap pertumbuha­n masa depan dan kemampanan­nya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Zulkefli Sharif ber- kata Malaysia terus berjaya memenangi bidaan untuk menganjur acara perniagaan antarabang­sa setiap tahun, sekali gus mencetuska­n potensi pertumbuha­n besar untuk industri penganjura­n acara perniagaan tempatan.

“Dengan menggunaka­n MBEW sebagai platform, kami mahu mengekalka­n momentum ini dengan memastikan penggiat industri mempunyai pengetahua­n dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global,” katanya pada sidang akhbar di luar acara semalam.

Ditubuhkan pada 2009, MyCEB ialah pertubuhan yang bermatlama­t mengukuhka­n daya tarikan global dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah destinasi utama antarabang­sa untuk mesyuarat, konvensyen, pameran perniagaan dan acara besar lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia