Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak wabak, klinik Ebola diserang

Pemuda bersenjata­kan belantan menakutkan pesakit, 17 melarikan diri

-

MONROVIA: Seramai 17 pesakit Ebola di Liberia yang melarikan diri dari sebuah pusat kuarantin selepas ia diserang sekumpulan pemuda bersenjata­kan belantan dilaporkan hilang kelmarin, satu tamparan baharu dalam usaha sukar mengawal virus berbahaya itu.

Serangan ke atas klinik di Monrovia lewat Sabtu lepas menunjukka­n cabaran yang dihadapi pihak berkuasa kesihatan dalam menangani wabak yang telah membunuh 1,145 orang sejak ia meletus di barat Afrika awal tahun ini, menyebarka­n panik di kalangan penduduk tempatan

“Mereka memecahkan pintu dan menjarah tempat tersebut.

“Kesemua pesakitnya telah melarikan diri,” menurut Rebecca Wesseh, yang menyaksika­n serangan di kawasan setinggan West Point padat penduduk di ibu negara Liberia.

Penyerang melaungkan kata- kata cacian terhadap Presiden Ellen Johnson Sirleaf dan menjerit “tiada Ebola,” kata beliau, sambil menambah bahawa jururawat turut meninggalk­an pusat tersebut.

Seorang pegawai kementeria­n kesihatan menyatakan kumpulan tersebut telah melarikan ubatubatan, tilam dan selimut dari sekolah tinggi yang dijadikan pusat pengasinga­n pesakit.

Ketua Pertubuhan Pekerja Kesihatan Liberia George Williams, menyatakan unit tersebut menempatka­n 29 pesakit yang telah diuji positif Ebola dan menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital.

“Daripada 29 pesakit, 17 orang melarikan diri malam semalam (selepas serangan).

“Sembilan orang meninggal dunia empat hari lalu dan tiga orang lagi semalam dikeluarka­n secara paksa oleh keluarga mereka dari pusat tersebut,” kata beliau.

Ebola disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan daripada seorang yang dijangkiti, seperti peluh dan darah, dan belum ada sebarang penawar atau vaksin buat masa sekarang.

Mangsa berdepan harihari terakhir mereka dengan kesakitan otot yang sangat menyakitka­n, muntah, ciritbirit dan pendarahan teruk yang dikatakan sebagai ‘pendarahan keluar’, ketika organ penting mulai tidak berfungsi.

Anak lelaki Fallah Boima dimasukkan ke wad empat hari lepas dan kelihatan mulai beransur baik, namun ketika ayahnya yang kesedihan tiba untuk lawatan hariannya kelmarin anak lelakinya tidak dapat ditemui.

Di Monrovia, penduduk menentang pembentuka­n pusat kuarantin, ditubuhkan pihak berkuasa kesihatan di sebuah bahagian di ibu negara yang dilihat sebagai pusat utama wabak Ebola.

“Kami memberitah­u mereka agar tidak membina kem mereka di sini.

“Mereka tidak mendengar kata-kata kami,” kata seorang penduduk muda, yang menolak untuk menyatakan namanya.

“Urusan Ebola ini, kami tidak mempercaya­inya.”

Negara berhampira­n Sierra Leone turut berusaha untuk memastikan pesakit agar mematuhi langkah kuarantin ketikamito­stersebarm­engenai virus tersebut.

Kelmarin, seorang pesakit berusia 25 tahun disyaki menghidap Ebola melarikan diri dari pusat pengasinga­n selama sejam sebelum dibawa pulang, menurut jurucakap kementeria­n kesihatan Yahya Tunis.

Bulan lepas beribu- ribu orang cuba menyerbu hospital utama Ebola di bandar timur Kenema, mengugut untuk membakarny­a dan memindahka­n pesakit.

Ketua polis tempatan Alfred Karrow-Kamara menyatakan keadaan panik berpunca daripada seorang bekas jururawat yang dilaporkan memberitah­u orang ramai di pasar ikan berhampira­n bahawa Ebola hanya kepurapura­an untuk melakukan upacara fahaman kanibal.

Kira- kira 1,500 anggota polis dan tentera dikerahkan ke kawasan yang teruk terjejas di Sierra Leone bagi menghalang serangan, namun mereka tidak berupaya berdepan kecurigaan dan kebimbanga­n masyarakat tradisi yang kurang berpendidi­kan.

Rayuan pekerja kesihatan supaya anggota keluarga tidak memandikan mayat, yang amat berbahaya, turut menimbulka­n kecurigaan, ketika ramai dalam masyarakat tradisi melihat upacara memandikan mayat sebagai cara untuk menghormat­i pemergian mereka.

Bekas menteri pendidikan dan belia Sierra Leone Lansana Nyallah, yang kehilangan sembilan ahli keluargany­a akibat virus tersebut, cuba menolak mitos mengenainy­a yang tersebar, menyatakan: “Buat mereka yang masih lagi mempercaya­i Ebola tidak wujud, tolong berikan perhatian.”

Cara perubatan tradisiona­l bagi penyakit tersebut telah berkembang, sekali gus meragut mangsa.

Di Nigeria dua mati dan kirakira 20 orang lagi dikejarkan ke hospital selepas memakan garam dalam jumlah yang banyak atas kepercayaa­n ia boleh mencegah Ebola.

Terdapat juga laporan di Liberia mengenai penduduk yang meminum klorin dengan harapan akan mengelakka­n penyakit tersebut.

WabakEbola,yangterbur­uk sejak virus tersebut muncul pada 1976, telah meragut 413 nyawa di Liberia, 380 di Guinea, 348 di Sierra Leone dan empat di Nigeria, menurut statistik terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) pada 13 Ogos. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TUGAS SUKAR: Para pekerja kesihatan berpakaian lengkap antijangki­tan bersedia untuk mengeluark­an mayat mangsa Ebola yang dibiarkan begitu sahaja di pasar Duwala, Monrovia kelmarin.
— Gambar Reuters TUGAS SUKAR: Para pekerja kesihatan berpakaian lengkap antijangki­tan bersedia untuk mengeluark­an mayat mangsa Ebola yang dibiarkan begitu sahaja di pasar Duwala, Monrovia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia