Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Pengawal Negara dikerah mengamanka­n Ferguson

-

FERGUSON: Gabenor Missouri semalam mengarahka­n anggota Pengawal Negara untuk membantu mengembali­kan keamanan di Ferguson, beberapa jam selepas polis melempar gas pemedih mata untuk meleraikan protes ganas di bandar tersebut yang dicengkam rusuhan perkauman.

Ferguson sudah berharihar­i huru-hara sejak seorang pegawai polis kulit putih menembak mati Michael Brown, 18, remaja kulit hitam tidak bersenjata pada 9 Ogos lalu.

Brown, 18, ditembak sekurang-kurangnya enam kali, dua kali di kepala dan empat kali pada lengan kanan, lapor lapor New York Times lewat kelmarin yang memetik hasil bedah siasat persendiri­an awal atas permintaan keluargany­a.

Semua tembakan dilepaskan dari hadapan mangsa, tambah Times yang memetik Michael Baden, bekas ketua koroner Kota New York yang menjalanka­n bedah siasat itu.

Anggota tentera Pengawal Negara akan memberi respons kepada arahan polis bersepadu di Ferguson, kata Gabenor Missouri Jay Nixon dalam arahan eksekutif.

Lewat kelmarin, setelah sehari perarakan aman, polis berperisai badan dan topeng gas muncul dalam kenderaan berperisai untuk meleraikan sekumpulan penunjuk perasaan kira-kira tiga jam sebelum perintah berkurung tengah malam Ahad.

Polis melempar gas pemedih mata setelah dilontar dengan koktel Molotov, kata Ronald Johnson, kapten peronda lebuh raya AfrikaAmer­ika yang diberi kuasa memulihkan keamanan tempatan, semasa sidang akhbar setelah keganasan reda.

“Terdapat tembakan, penjarahan, vandalisma dan tindakan keganasan lain yang sama sekali bukan spontan sebaliknya perbuatan jenayah yang dirancang lebih awal untuk merosakkan harta benda, mencederak­an orang lain dan memprovoka­si respons,” tegas Johnson.

Para penjarah menyerang sekurang-kurangnya empat perniagaan termasuk sebuah restoran McDonald’s dan Domino’s Pizza.

Sekurang-kurangnya dua cedera terkena tembakan kalangan penunjuk perasaan, tambah Johnson tanpa mendedahka­n jumlah mereka yang ditahan.

Sejurus sebelum jam 9 malam waktu tempatan, ratusan penunjuk perasaan berarak ke arah pos arahan polis dan ada di antara mereka melontar koktel Molotov, botol dan roket ke arah polis.

“Susulan keadaan ini, saya tiada alternatif melainkan meningkatk­an paras respons kami,” kata Johnson.

Beberapa penunjuk perasaan membawa papan tanda memprotes keganasan polis, ramai berarak dengan aman sambil mengangkat tangan mereka ke atas, tetapi ada juga yang mengejek polis dan melempar balik kanister gas pemedih mata.

“Kami berjalan dengan aman ke arah pos arahan untuk berlutut tanda protes di depan polis, untuk mengatakan ‘tangan kami di atas’.

“Mereka mulai melepaskan gas pemedih mata ke arah kami tanpa sebarang amaran, saya tahu apa itu gas pemedih mata, wajah saya perit,” kata Lisha Williams, seorang veteranten­terayangme­nyertai protes.

Protes lewat Ahad itu menyusuli acara lebih besar dan aman di Gereja Greater di Ferguson yang memperinga­ti Brown.

Johnson yang membesar di kawasan St Louis, meminta maaf atas kejadian itu dan disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin dengan ratusan lagi berdiri di luar gereja.

Di sebalik peningkata­n keganasan, kerajaan persekutua­n turut terlibat dalam siasatan dengan Peguam Negara Eric Holder memberi taklimat kepada Presiden Barack Obama semalam, menurut Rumah Putih, dengan ejen-ejen FBI sudahpun tiba di Ferguson menemu bual saksi. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RUSUHAN: Polis meredah asap pemedih mata untuk merapati penunjuk perasaan di Ferguson, Missouri kelmarin.
— Gambar AFP RUSUHAN: Polis meredah asap pemedih mata untuk merapati penunjuk perasaan di Ferguson, Missouri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia