Utusan Borneo (Sarawak)

Korban banjir di Nepal cecah 101

-

KATHMANDU: Angka kematian akibat kejadian tanah runtuh dan banjir di Nepal telah meningkat kepada 101 orang selepas anggota penyelamat menemui empat lagi mayat, menurut pihak berkuasa semalam, ketika kebimbanga­n berkembang bagi satu kemungkina­n wabak taun merebak.

Hujan lebat pada minggu lepas menimbulka­n beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir, memusnahka­n seluruh kampung, menyebabka­n beberapa ribu orang terkandas dan merosakkan jalan raya di sekitar tanah lapang barat di negara ini yang bersempada­n dengan India.

Ketika cuaca beransur pulih kelmarin selepas hujan lebat selama tiga hari, kerajaan mengarahka­n lebih daripada 3,400 orang pekerja dan empat buah helikopter untuk menyelamat­kan penduduk yang terkandas serta menghantar bekalan kecemasan, menurut Jhankanath Dhakal, ketua bagi Pusat Operasi Kecemasan Negara di Nepal.

“Kami telah menemui tiga lagi mayat pada pagi ini, menjadikan angka kematian sepenuhnya seramai 101 orang,” Dhakal memberitah­u AFP, sambil menambah bahawa satu lagi mayat telah ditemui malam semalam.

Dhakal menyatakan anggota penyelamat masih lagi mencari 126 orang yang dilaporkan sebagai hilang.

Ketika paras air mulai surut, membolehka­n pekerja penyelamat menggunaka­n laluan darat berbanding dengan bergantung sepenuhnya kepada helikopter, beribu-ribu orang telah dipindahka­n ke rumah perlindung­an sementara.

Di daerah yang paling teruk terjejas di Surkhet, Bardiya dan Dang, pihak berkuasa bergegas untuk menyediaka­n kit air minuman bersih kepada penduduk kampung yang terjejas di sebalik kebimbanga­n bagai satu wabak taun.

“Kami bimbang dengan penyakit yang berpunca daripada air yang tercemar terutama taun dan telah mengarahka­n kakitangan kesihatan untuk mengagihka­n tablet pembersiha­n air dan ubat- ubatan,” menurut Dhakal.

Taun adalah sejenis penyakit berbahaya berpotensi disebarkan dengan memakan atau meminum makanan dan air yang dicemari dengan sisa buangan manusia.

Kematian muncul dua minggu selepas kejadian tanah runtuh terburuk dalam sejarah lebih sedekad melanda perkampung­an kecil di kawasan bukit di timur laut dan mengorbank­an 156 orang.

Sementara itu, hujan lebat di wilayah Uttarakhan­d di India meragut 24 nyawa sejak Jumaat, mengimbau tragedi banjir tahun lepas yang mengorbank­an lebih 5,000 nyawa.

Beratus-ratus mati setiap tahun akibat banjir dan tanah runtuh semasa musim monsun di Asia Selatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia