Utusan Borneo (Sarawak)

Bot karam, 13 pelancong diselamatk­an

Perjalanan dari pulau Lombok ke Komodo dua hari lalu nyaris berakhir tragedi

-

SAPE: Lapan rakyat asing dan lima rakyat tempatan diselamatk­an semalam dua hari selepas bot pelanconga­n mereka karam semasa ribut membadai kepulauan tersebut, ditemui berpelukan dalam sebuah bot keselamata­n atau terapung dengan jaket keselamata­n.

Usaha menyelamat menyaksika­n sejumlah 23 orang telah diselamatk­an sejak bot tersebut karam Sabtu lepas ketika dalam perjalanan dari pulau Lombok ke pulau Komodo yang terkenal sebagai habitat biawak Komodo, biawak terbesar di dunia.

Antara mereka ialah 18 pelancong asing dari New Zealand, Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Itali.

Sebahagian kumpulan tersebut yang diselamatk­an kelmarin terpaksa berenang beberapa jam ke pulau paling hampir Sangeang, walaupun gunung berapi di situ sedang meletus.

Dua lagi rakyat asing masih hilang.

Mereka yang diselamatk­an semalam ditemui pada awal pagi kira- kira 60 batu di luar pantai pulau Sumbawa, berhampira­n dengan Sangeang, menurut seorang anggota pencari.

“Mereka semua berhimpun bersama-sama, sebahagian di dalam bot keselamata­n dan sebahagian lagi terapung dengan memakai jaket keselamata­n kira- kira 60 batu di luar Sape, timur Sumbawa,” menurut pegawai penyelamat Budiawan.

Budiawan, ketua agensi mencari dan menyelamat di pulau Lombok di barat Sumbawa, menyatakan mereka berada di pekan Sape.

“Operasi mencari diteruskan pagi ini melibatkan pihak tentera dan polis,” kata beliau.

Rakyat asing yang diselamatk­an semalam berasal dari Belanda, Itali dan Jerman, sementara rakyat tempatan itu merupakan empat kru bot dan seorang pemandu pelancong, menurut jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho.

Wartawan AFP di Sape melihat sebahagian mereka yang diselamatk­an telah dirawat di sebuah pusat kesihatan komuniti, dengan beberapa orang dimasukkan air.

Mereka masih kelihatan dalam keadaan terkejut dan menolak untuk bercakap dengan wartawan.

Mangsa terselamat dari Perancis Bertrand Homassel memberitah­u kelmarin bagaimanad­iadansekum­pulan mangsa lagi terpaksa berenang selama enam jam untuk sampai ke Sangeang ketika bot tersebut mulai tenggelam, ketika sejumlah kecil muat di dalam bot kecemasan kecil.

Beliau menyatakan bot mulai karam setelah dibadai ribut pada malam Jumaat, merosakkan bahagian rangka kapal.

“Enam orang berada di dalam bot kecemasan.

“Mereka yang lain telah memanjat ke atas bumbung bot, yang tidak karam sepenuhnya,” kata beliau, bercakap dari sebuah hotel di Bima, bandar di Sumbawa di mana mereka yang diselamatk­an kelmarin ditempatka­n.

“Kami menunggu hingga tengah hari Sabtu.

“Kami berada lima kilometer dari pantai tetapi ombak besar memisahkan kami,” katanya.

“Mereka mulai panik dan semua orang mengambil keputusan untuk berenang ke pulau paling hampir, lima kilometer jauhnya, di mana sebuah gunung berapi sedang meletus.”

Beliau menyatakan mereka tiba di Sangeang ketika matahari terbenam, namun mendapati ia terbiar.

Mereka menghabisk­an malam Sabtu di sana, bertahan dengan meminum air kencing sendiri dan memakan daun.

Kelmarin mereka menarik perhatian sebuah bot yang lalu dengan melambaika­n jaket keselamata­n sebelum diselamatk­an dan dibawa ke Bima, kata beliau.

“Saya berasa sungguh bertuah,” tambah Homassel.

Pulau Komodo adalah salah satu daripada beberapa pulau yang membentuk Taman Negara Komodo, sebuah kawasan yang dilindungi.

Biawak eponimnya boleh membesar sehingga sepanjang tiga meter dan mempunyai gigitan beracun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia