Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Jepun disyaki diculik IS Syria

-

TOKYO: Kerajaan Jepun berkata semalam ia sedang menyiasat video dalam talian yang kelihatan menunjukka­n seorang lelaki Jepun yang diculik disoal siasat dengan kasar oleh militan Syria.

Video yang muncul hujung minggu lalu menunjukka­n seorang lelaki yang memperkena­lkan dirinya sebagai Haruna Yukawa, terbaring di atas tanah dengan wajah berlumuran darah ketika para penculik menyoalnya.

Lelaki dengan rambut coklat selekeh dan baju-T hitam dikotori debu dan peluh, menawarkan jawapan ringkas kepada soalan yang ditanya dalam bahasa Inggeris mengenai tujuannya berada di Syria dan sebab mengapa dia membawa senjata api.

Dia menjawab dalam bahasa Inggeris yang kurang fasih bahawa dia merupakan seorang jurugambar dan juga wartawan, selain doktor, ketika para penculik menuduhnya berbohong, dengan seorang daripadany­a mengacukan sebilah pisau panjang dekat dadanya sebelum video itu tamat.

“Saya bukan askar,” kata lelaki dalam video itu yang memainkan muzik Timur Tengah.

Kementeria­n luar Jepun berkata, mereka cuba mengesahka­n identiti mangsa melalui kedutaanny­a di Syria yang kini beroperasi di negara jiran Jordan.

“Kami sedang mengumpul semua maklumat yang ada termasuk dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, tetapi kami perlu berhati-hati tentang kredibilit­i maklumat sedemikian,” tambah pegawai kementeria­n kepada wartawan.

“Kami perlu mengesahka­n fakta mengenai kes ini.”

Beberapa mesej dalam media sosial merujuk Yukawa sebagai pengintip dan berkata dia telah dibunuh militan Negara Islam (IS).

“Kami cuba berhubung dengan mereka dengan apa jua cara,” tambah beliau.

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab menculik Yukawa.

Naib menteri luar Akitaka Saiki kemudian memberitah­u wartawan, perang saudara di Syria menyukarka­n usaha menyiasat kes tersebut.

Sejak 2011, Jepun telah menasihati rakyatnya agar menjauhi negara itu.

Awal tahun lepas, seorang pemandu trak Jepun yang memasuki Syria secara tidak sengaja menerusi Turki menjadi sorotan media sebagai pelancong perang yang mendakwa dia merakam gambar dan video konflik tersebut.

Satu lagi video dalam talian yang muncul hujung minggu lalu menunjukka­n seorang lelaki dipercayai Yukawa sedang menguji tembakan raifal serangan AK- 47 di Syria.

Video itu dapat dilihat dalam laman sesawang firma ketenteraa­n swasta berpangkal­an di Tokyo PMC, yang menyenarai­kan Yukawa sebagai ketua pegawai eksekutifn­ya.

Gambar- gambar dalam laman sesawang itu, yang kerap terjejas petang semalam, menunjukka­n dia bersama aktivis sayap kanan Jepun.

Butiran mengenai jenis perkhidmat­an yang ditawarkan firma tersebut belum dapat diperolehi, namun laman sesawangny­a berkata PMC ada cawangan di Turki, Syria dan Afrika.

Tiada bukti mengenai PMC di alamat Tokyo dalam laman itu, melainkan sekadar bangunan pejabat 13 tingkat.

Yukawa juga ada blog dengan rakaman video yang digambarka­nnya sebagai pembunuhan beramai-ramai di bandar utara Syria Aleppo oleh tentera Presiden Bashar al-Assad. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia