Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lagi pendaki maut di Mont Blanc

-

LYON: Dua pendaki dan jurupandu mereka mati setelah terjatuh dari ketinggian 800 meter di pergununga­n Mont Blanc, menurut pihak polis semalam, yang terbaharu dalam siri tragedi di gunung tertinggi di Eropah itu.

“Jatuh dari ketinggian 800 meter ternyata tidak memberikan peluang kepada mereka,” jelas polis sambil menambah, mangsa mungkin jatuh dari cerun yang harus dituruni pendaki untuk kembali ke pondok perlindung­an berhampira­n.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kejadian.

“Ada kemungkina­n timbunan salji runtuh semasa dilalui kumpulan itu dan menghalang jurupandu daripada menahan kliennya,” tambah polis.

Pasukan penyelamat helikopter menemui mayat tiga mangsa malam kelmarin dekat puncak Aiguille du Midi, yang mencecah ketinggian 3,842 meter.

Kematian berlaku hanya beberapa hari selepas enam pendaki mati terjatuh dari ketinggian 250 meter di puncak lain, Aiguille d’Argentiere, menjadikan sejumlah 20 orang telah mati atau hilang sejak permulaan musim pendakian.

Selain itu, dua warga Belgium ditemui mati pada 2 Ogos dan enam pendaki mati antara 15 dan 30 Julai meliputi dua warga Ireland, dua warga Finland, seorang warga Jerman dan seorang rakyat Perancis.

Seorang pendaki dari Amerika Syarikat ( AS) mencetuska­n kemarahan awal bulan ini apabila cuba mendaki gunung itu bersama anak lelakinya, 9, dan anak perempuann­ya, 11, sebelum terperangk­ap dalam runtuhan salji.

Mereka terselamat tanpa sebarang kecederaan namun rakaman video insiden itu di lokasi yang dikenali sebagai ‘ Koridor Maut’ disiarkan di AS.

Insiden terbaharu mencetuska­n kebimbanga­n gunung tersebut kini menjadi lubuk maut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia