Utusan Borneo (Sarawak)

BOT EKSPRES KAPIT- BALEH KEMBALI BEROPERASI

-

SIBU: Operasi bot ekspres dari Kapit ke Baleh yang dihentikan sementara waktu pada 26 Julai lalu disebabkan paras air amat rendah kini kembali beroperasi seperti biasa.

Keadaan itu memberi kelegaan kepada pengguna yang bergantung kepada pengangkut­an sungai untuk pergi ke tempat tersebut.

Pengawal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak William Jinep mengesahka­n bahawa perkhidmat­an bot itu telah kembali normal sejak 9 Ogos lalu.

“Dua bot mula beroperasi menggunaka­n laluan Kapit/ Baleh dengan kapasiti 96 hingga 90 penumpang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menambah, ada dua bot lagi di laluan Kapit/Nanga Gaat beroperasi dengan kapasiti masing-masing 104 dan 90 orang penumpang.

“Perkhidmat­an Kapit/Belaga beroperasi seperti biasa,” katanya.

Bulan lalu, paras air amat rendah memaksa perkhidmat­an bot antara Kapit dan Baleh terpaksa dihentikan sementara.

Jelasnya, ini kerana terdapat bonjolan batu-batu yang boleh mengundang bahaya kepada bot melalui kawasan tersebut.

Dilaporkan bahawa beberapa laluan air dari Kapit ke Baleh berada di paras bawah dua kaki dalam dan beberapa laluan kurang satu meter dan hanya paras satu meter.

Menurut Jinep, bot ekspres hanya dapat beroperasi sekiranya paras air sekurang-kurangnya sedalam dua meter.

 ??  ?? BEROPERASI: Sungai masih pengangkut­an utama untuk ke hulu Sungai Rajang.
BEROPERASI: Sungai masih pengangkut­an utama untuk ke hulu Sungai Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia