Utusan Borneo (Sarawak)

Perompak warga Filipina diberkas

-

MIRI: Tindakan pantas seorang anggota polis yang tidak bertugas berjaya menggagalk­an hasrat dua lelaki warga asing yang cuba merompak seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan China di sini petang semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 2.15 petang itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang tidak bertugas kebetulan berada di kawasan berkenaan apabila terserempa­k dengan dua lelaki yang memakai topeng muka.

Seorang daripada lelaki terbabit dilihat memegang sebilah parang dan cuba merompak seorang lelaki yang sedang berada di hadapan bank berkenaan. Difahamkan, mangsa pergi ke bank itu untuk memasukkan wang. Melihat kejadian itu, anggota polis terbabit segera menghubung­i bilik gerakan untuk mendapatka­n bantuan anggota bit.

Manakala dua perompak terbabit yang merupakan warga Filipina segera meninggalk­an tempat kejadian dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda berwarna hijau/hitam setelah menyedari perbuatan mereka diperhatik­an.

Berikutan itu, anggota polis terbabit terus mengekori kedua-dua suspek sehingga ke tempat letak kereta di Stadium Tertutup Miri.

Mereka kemudian dilihat meninggalk­an motosikal di pekarangan stadium sebelum pergi ke kawasan Dataran Kipas. Sebaik anggota bit tiba, mereka pergi ke kawasan Dataran Kipas untuk menjejaki dua suspek terbabit dan mendapati mereka sedang bersembuny­i di salah sebuah pondok di kawasan tersebut.

Setelah menyedari kehadiran polis, kedua-duanya cuba melarikan diri namun kemudian berjaya diberkas di kawasan Jalan Sylvia di sini dan kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah beg berwarna merah daripada salah seorang suspek dan hasil pemeriksaa­n mendapati beg itu mengandung­i sebilah parang, sebilah kapak, tiga topeng muka dan dua sarung tangan.

Selain itu, polis turut merampas motosikal yang digunakan keduadua suspek untuk dijadikan barang kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

Bagaimanap­un katanya, mangsa masih belum membuat laporan rasmi berhubung insiden tersebut.

 ??  ?? GAGAL: Dua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik diberkas setelah cuba merompak seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan China di Miri petang semalam.
GAGAL: Dua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri sebaik diberkas setelah cuba merompak seorang lelaki di hadapan sebuah bank di Jalan China di Miri petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia