Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Nadi Kasih iM Sarawak bantu baiki dua rumah usang

-

KUCHING: Kelegaan jelas terpancar di wajah dua keluarga yang hidup dalam kedaifan di Kampung Tabuan Melayu di sini selepas rumah usang mereka dibaiki menerusi Projek Nadi Kasih iM Sarawak.

Meskipun bantuan yang diterima tidaklah sebanyak mana, namun kedua-dua keluarga itu bersyukur dengan keadaan kediaman mereka yang jauh lebih sempurna berbanding sebelumnya.

“Saya dan keluarga teramat bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh iM Sarawak dalam membantu membaiki kediaman kami yang teramat daif ini.

“Saya akui tanpa bantuan daripada iM Sarawak kami tidak berkemampu­an untuk membaiki rumah usang yang telah berusia lebih daripada 10 tahun ini.

“Apatah lagi dengan pendapatan saya yang hanya RM30 hingga RM40 sehari, jangankan membaiki seluruh rumah bahagian dapur pun tidak lepas,” kata Wan Ismail Wan Ibrahim tanpa berselindu­ng.

Sementara itu seorang lagi penerima Projek Nadi Kasih iM Sarawak, Marsidi Nusi yang ditemui semalam turut berkongsi kegembiraa­n dengan bantuan yang diterima mereka sekeluarga.

“Dulu rumah ini condong dan hampir roboh dengan keadaan lantai, atap dan dindingnya yang teramat usang.

“Bukannya kami tidak mahu membaiki rumah ini tetapi tidak mampu, ditambah dengan kedudukan rumah ini yang sempit menyukarka­n kerja-kerja membaik pulih,” kata Marsidi, 67.

Dalam pada itu keduadua rumah yang dibaiki di bawah Projek Nadi Kasih iM Sarawak ini menelan kos sekitar RM5,000 setiap unit meliputi kerja-kerja membaiki atap, dinding dan lantai.

Projek ini merupakan salah satu daripada inisiatif pem- bangunan sosial yang dipimpin oleh 1Malaysia Sarawak Advisory Council (1MSAC) untuk membantu membaiki kediaman keluarga miskin dan kurang bernasib baik di pelbagai lokasi di Sarawak.

iM Sarawak menyediaka­n dana dan bekerjasam­a dengan pemimpin masyarakat yang membantu mengenal pasti rumah-rumah yang memerlukan pembaikan.

Semalam, rombongan iM Sarawak diketuai ahli majlis 1MSAC Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie mengadakan lawatan ke keduadua kediaman yang telah berjaya dibaik pulih di bawah projek ini.

Kedua- dua rumah ini merupakan antara 30 rumah di kawasan DUN Demak Laut yang dikenal pasti memerlukan pembaikan secara berperingk­at-peringkat.

Turut menyertai lawatan itu ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Naib Presiden Tanggungja­wab Sosial Korporat 1MDB Azura Aini Annuar serta pemimpinpe­mimpin masyarakat.

 ??  ?? NADI KASIH: Dr Hazland (dua kiri), Zulkarnain (kanan), Marshidi (tiga kiri) bersama yang lain menunjukka­n 1Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap Projek Nadi Kasih iM Sarawak.
NADI KASIH: Dr Hazland (dua kiri), Zulkarnain (kanan), Marshidi (tiga kiri) bersama yang lain menunjukka­n 1Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap Projek Nadi Kasih iM Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia