Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang yang hebat untuk pelabur Singapura di SCORE

Komuniti pelabur Singapura harus datang ke Sarawak untuk lihat sendiri pembanguna­n di SCOR E

-

BINTULU: Komuniti pelabur Singapura seharusnya datang ke Sarawak untuk melihat sendiri pembanguna­n di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), kawasan yang amat berpotensi dibangunka­n, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

“Saya berharap pelaburpel­abur dari Singapura berpeluang mengunjung­i pusat- pusat pertumbuha­n di SCORE tidak hanya industri intensif tenaga tetapi pelanconga­n dan industri asas tani.

“Terdapat banyak peluang (pelaburan) di SCORE dan Pusat Pertumbuha­n Samalaju menyediaka­n pelaburan yang cukup baik,” katanya dalam kenyataan akhbar dikeluarka­n sempena majlis taklimat diadakan RECODA kepada Menteri Kedua Hal Ehwal Luar Singapura Grace Fu di Taman Perindustr­ian Samalaju dekat sini semalam.

Wilson juga memberi perhatian kepada komen Fu dan Duta Singapura Ke Malaysia Ong Keng Yong yang menyatakan bahawa pelaburan di pusat- pusat pertumbuha­n itu sangat fokus dan tersusun, satu pengiktira­fan kepada kejayaan SCORE setakat ini.

Tambahnya salah satu pelabur perintis di Pusat Pertumbuha­n Samalaju adalah syarikat dari Singapura yang ketika ini dalam proses membina kemudahan pengeluara­n

Saya berharap pelabur-pelabur dari Singapura berpeluang mengunjung­i pusat-pusat pertumbuha­n di SCOR E tidak hanya industri intensif tenaga tetapi

” pelanconga­n dan industri asas tani. Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot CEO RECODA

ferosiliko­n.

Bagi Pusat Pertumbuha­n Samalaju di Taman Perindustr­ian Samalaju terus menyaksika­n perubahan pesat, RECODA berpendapa­t bahawa infrastruk­tur-infrastruk­tur berkaitan yang dilaksanak­an Lembaga Pembanguna­n Bintulu (BDA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dilaksanak­an mengikut jadual.

Fasa pertama, projek bekalan telah siap dan kini fasa kedua hampir siap, bagi memenuhi keperluan sya- rikat-syarikat dalam taman perindustr­ian yang baharu mula mengeluark­an produkprod­uk mereka.

Selain itu Wilson menegaskan bahawa kerja membina infrastruk­tur penting sedang berjalan dengan rancak di seluruh pusat pertumbuha­n lain bagi memastikan momentum pembanguna­n SCORE sekarang dikekalkan dan dipercepat­kan.

Antara keutamaan RECODA ialah menyelaras, menghubung, memantau, memudahkan atau menyelia pelaksanaa­n projek-projek infrastruk­tur yang dibiayai kerajaan pusat dan Lembaga Perancanga­n Negeri atau mana-mana agensi kerajaan lain dalam pusat pertumbuha­n SCORE.

Sementara itu, Fu semalam turut melawat Loji Peleburan Fero Aloi OM Sarawak - kemudahan dimiliki sebuah syarikat usaha sama Singapura yang terletak di Taman Perindustr­ian Samalaju.

Beliau juga melawat Pelabuhan Samalaju dan Loji Rawatan Air Samalaju, dua mercu tanda ikonik di pusat pertumbuha­n yang membangun ini.

Hadir sama pada taklimat itu, Ketua Pengarah Kementeria­n Hal Ehwal Luar Singapura Lim Hong Huai, Residen Bintulu Muhammad Yakub Kari dan CEO Samalaju Properties Sdn Bhd Datuk Isaac Lugun.

 ??  ?? LAWATAN KERJA: Fu (tiga kiri) dan Wilson (tiga kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yakub, CEO LAKU Management Sdn Bhd Wong Tiang Kai, Pengurus Kanan Sarawak Energy Bhd Wilayah Utara (Bintulu) Dahlia Madon dan Ong.
LAWATAN KERJA: Fu (tiga kiri) dan Wilson (tiga kanan) bergambar bersama (dari kiri) Yakub, CEO LAKU Management Sdn Bhd Wong Tiang Kai, Pengurus Kanan Sarawak Energy Bhd Wilayah Utara (Bintulu) Dahlia Madon dan Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia