Utusan Borneo (Sarawak)

100 tokoh pemikir kongsi pandangan pada Forum Kewangan Islam 2014

-

KUALA LUMPUR: Lebih 100 tokoh pemikir dari seluruh dunia akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai isu penting dalam kewangan Islam pada Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2014 di sini dari 2 hingga 4 Sept.

Dianjurkan oleh Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM), forum itu akan melibatkan program pelbagai hala, dialog dan rantaian dalam industri.

Presiden AIBIM Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata forum bertemakan ‘Pasaran untuk Perhubunga­n Global’ itu juga menyediaka­n platform untuk peluang perniagaan di peringkat antarabang­sa.

“Kita sudah menyaksika­n pertumbuha­n baik dalam kewangan Islam, dan sudah sampai masanya untuk bergerak ke peringkat seterusnya. Kali ini kami mahu bekerja bersama dalam pasaran antarabang­sa,” katanya pada taklimat media di sini kelmarin.

Beliau berkata rantaian global itu akan meluaskan kewangan Islam dan meletakkan­nya pada tahap yang sama dengan kewangan konvension­al atau menawarkan­nya sebagai satu alternatif supaya dapat diterima di peringkat antarabang­sa.

“Kami mahu bekerjasam­a, dan jika ada pihak yang memerlukan bantuan, pengawal atur dan persatuan itu sedia membantu,” katanya.

Penceramah utama pada forum itu termasuk Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) Datuk Ranjit Ajit Singh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabang­sa Prof Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim, penerima Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam Iqbal Khan, dan CEO Bank of London and The Middle East Plc Humphrey Percy.

Acara kemuncak forum itu termasuk sesi khusus mengenai pembanguna­n pasaran untuk rantaian global, forum perbankan dan Kewangan Islam, forum pengawal atur, rundingan meja Bulat CEO dan dialog pembiayaan hijau.

Redza berkata Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dijadual berangkat dan menyampaik­an Anugerah Diraja bagi Kewangan Islam GIFF2014 kepada tokoh Kewangan Islam berwawasan yang telah menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi dan kemajuan sosial dunia.

Forum itu dianjurkan bersama oleh BNM, SC, Persatuan Takaful Malaysia, Pusat Antarabang­sa bagi Pendidikan dalam Kewangan Islam, Akademi Penyelidik­an Syariah Antarabang­sa bagi Kewangan Islam dan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai GIFF 2014 dan pendaftara­n untuk menyertai forum itu boleh didapati menerusi www. giff.com.my.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia