Utusan Borneo (Sarawak)

WAKIL FILIPINA SEDIA MENCABAR

Pasukan DLSU dari Manila teruja sertai perlumbaan perahu naga Regata Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Wakil dari Filipina, DLSU tidak sabar memberikan cabaran bagi merebut kejuaraan dalam Regata Perahu Naga Antarabang­sa, Regata Sarawak 2014 yang bermula hari ini.

Pasukan yang diwakili seramai 22 pelajar Universiti De La Salle yang berpangkal­an di Manila itu tiba kelmarin dan tidak membuang masa dengan mula menjalani di Tebingan Kuching semalam.

Menurut Presiden Kelab Perahu Naga DLSU Raciel Catacutan, Regata Sarawak menjadi salah satu kejohanan yang diletakkan dalam aktiviti tahunan mereka.

“Sebelum ini, kami pernah bertanding dalam perlumbaan perahu naga antarabang­sa yang diadakan di Hong Kong pada dua tahun lepas,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

“Sebaik mengetahui Sarawak akan menganjurk­an perlumbaan antarabang­sa pada tahun ini, kami tidak berlengah dan terus mendaftar untuk menyertain­ya.”

Ditanya mengapa mereka amat berminat untuk menyertai perlumbaan di sini, Rachel berkata, “Sarawak merupa- kan tempat yang menarik untuk dilawati. Sudah tentu kami mahu memenangin­ya namun pada masa yang sama, kami mahu mencari pengalaman dan rakan baharu di sini.”

Seperkara menarik mengenai pasukan tersebut adalah ahli-ahlinya merupakan pelajar universiti yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 23 tahun.

“Kami semua masih baharu dalam perlumbaan perahu naga ini, namun amat meminatiny­a. Malah, kami sanggup mengeluark­an perbelanja­an sendiri untuk menyertai perlumbaan di Sarawak.

“Apa yang penting adalah kami mahu mengharumk­an nama universiti dan negara kami dengan memenangi perlumbaan ini,” ujarnya dengan penuh keyakinan.

Sementara itu, enam acara akhir berlangsun­g pada hari kedua semalam menyaksika­n Kumpulan Yayasan Sarawak menjuarai Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antara Agensi Kerajaan dan Korporat).

Tempat kedua dimenangi Muzium Sarawak dan Enraz Cahaya Zen di tempat ketiga.

Kumpulan Yayasan Sarawak turut cemerlang apabila berjaya menjuarai Bidar 10 Pekayuh Wanita, meninggalk­an Armada Pemuda dan Sri Muara Tuang di tempat kedua dan ketiga.

Acara akhir Bidar 15 Pekayuh Campuran 10 lelaki dan lima wanita memperliha­tkan kejaguhan Petra Dewa yang menggondol petak pertama menewaskan Putera Puteri Jang dan Kumpulan Yayasan Sarawak di tempat kedua dan ketiga.

Bagi acara akhir kayak bergu lelaki, juara disandang Richie Muktelus/ Anthony Anyie, sementara tempat kedua milik Jury Amrullah Ibrahim/Mohd Nur Fariezman dan Hardy Suntol/Hamdan Mohamad di tempat ketiga.

Halinawati Osman pula menjuarai acara akhir kayak perseorang­an wanita.

Tempat kedua disandang

Sebaik mengetahui Sarawak akan menganjurk­an perlumbaan antarabang­sa pada tahun ini, kami tidak berlengah dan terus mendaftar untuk menyertain­ya. Raciel Catacutan Presiden Kelab Perahu Naga DLSU

Boon Nyuk Phin dan Noraida Abdul Kassim tempat ketiga.

Turut berlangsun­g semalam 11 acara saringan melibatkan Balok 7 Pekayuh Lelaki, Bidar 15 Pekayuh Lelaki, Kenyalang Antarabang­sa 20 Pekayuh Lelaki, Bidar 30 Pekayuh Lelaki (C dan D), Bidar 20 Pekayuh Lelaki, Bidar 30 Pekayuh Lelaki Petra Tempatan (A dan B),Bidar 10 Pekayuh Lelaki, Kenyalang Campuran (15 Lelaki dan 5 wanita) dan Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki – 1km.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEDIA MENCABAR: Pasukan DLSU merakamkan kenangan selepas menjalani latihan di Tebingan Kuching semalam.
SEDIA MENCABAR: Pasukan DLSU merakamkan kenangan selepas menjalani latihan di Tebingan Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia