Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja restoran makanan segera mogok

Tuntut gaji lebih tinggi, hak tubuh kesatuan, 44 diberkas di New York dan Los Angeles

-

NEW YORK: Polis menangkap sekurang-kurangnya 44 orang kelmarin di New York dan Los Angeles semasa tunjuk perasaan oleh pekerja restoran makanan segera yang menuntut gaji lebih tinggi dan hak untuk menubuhkan kesatuan.

Beratus- ratus orang penunjuk perasaan telah berkumpul di daerah hiburan dan teater di Manhattan sebagai sebahagian daripada tindakan mogok sehari di seluruh negara dan tunjuk perasaan menyasarka­n industri makanan segera, menurut laman strikefast­food.org.

Di Los Angeles, penunjuk perasaan berkumpul pada awal pagi di luar sebuah restoran McDonald’s di selatan bandar, sebelum satu tunjuk perasaan berasingan di luar pekan Los Angeles pada lewat hari tersebut, di mana 10 orang telah ditangkap kerana enggan bersurai

Di New York, kira-kira 20 orang penunjuk perasaan melakukan bantahan duduk di jalan raya di luar sebuah restoran McDonald’s di Times Square.

Seramai 19 orang telah ditangkap kerana salah laku apabila mereka menghalang lalu lintas kenderaan semasa tunjuk perasaan tersebut.

Pada lewat hari tersebut, seramai 15 orang lagi telah ditangkap, menurut seorang jurucakap Jabatan Polis New York, tidak menjelaska­n di mana tangkapan itu dilakukan.

Penunjuk perasaan telah menuntut supaya gaji pekerja restoran makanan segera dinaikkan kepada $15 sejam, lebih daripada dua kali ganda daripada upah minimum sebanyak $7.25 sejam yang dibayar oleh banyak rangkaian restoran.

Penunjuk perasaan juga turut mendesak bagi hak untuk menubuhkan sebuah kesatuan bebas daripada tindakan balas.

Pihak penganjur menyatakan tunjuk perasaan telah diadakan di 150 buah bandar Amerika Syarikat, termasuk Chicago, Detroit, Miami, Denver dan Los Angeles.

Bagaimanap­un, mereka membatalka­n rancangan bagi satu tindakan mogok di kawasan St. Louis, Missouri, kawasan kejadian bagi tunjuk perasaan yang kadangkala ganas selepas kejadian penembakan oleh polis pada 9 Ogos terhadap remaja kulit hitam Michael Brown yang tidak bersenjata di subbandar Ferguson.

“Berdasarka­n kepada kejadian terbaharu di subbandar Ferguson, Missouri dan keinginan untuk melihat kedamaian dan keadaan kembali normal dalam komuniti, pekerja restoran makanan segera memutuskan untuk tidak meng- adakan tindakan mogok kelmarin di kawasan St. Louis,” kata mereka.

Pergerakan oleh pekerja restoran makanan segera bermula di New York pada November 2012 dan sejak itu telah tersebar, namun kesannya di luar Amerika Syarikat hampir tidak kedengaran. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SOKONG PEKERJA: Ratusan aktivis dan pekerja mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut gaji lebih tinggi dan hak untuk menubuhkan kesatuan untuk pekerja restoran makanan segera di luar restoran McDonald’s di Manhattan, New York kelmarin.
— Gambar Reuters SOKONG PEKERJA: Ratusan aktivis dan pekerja mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut gaji lebih tinggi dan hak untuk menubuhkan kesatuan untuk pekerja restoran makanan segera di luar restoran McDonald’s di Manhattan, New York kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT HAK: Ratusan penunjuk perasaan berarak sambil membawa sepanduk untuk menuntut gaji lebih tinggi dan hak untuk menubuhkan kesatuan untuk pekerja restoran makanan segera dan sebagai sebahagian daripada tindakan menyokong mogok sehari di seluruh...
— Gambar AFP TUNTUT HAK: Ratusan penunjuk perasaan berarak sambil membawa sepanduk untuk menuntut gaji lebih tinggi dan hak untuk menubuhkan kesatuan untuk pekerja restoran makanan segera dan sebagai sebahagian daripada tindakan menyokong mogok sehari di seluruh...
 ?? — Gambar Reuters ?? DITANGKAP: Seorang lelaki ditangkap oleh polis ketika menyertai tunjuk perasaan di hadapan restoran McDonald’s di Chicago, Illinois kelmarin.
— Gambar Reuters DITANGKAP: Seorang lelaki ditangkap oleh polis ketika menyertai tunjuk perasaan di hadapan restoran McDonald’s di Chicago, Illinois kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia