Utusan Borneo (Sarawak)

ERA mempersemb­ahkan Afgan ‘Live To Love’ di Kuching

-

ERA dengan bangganya akan mempersemb­ahkan Afgan ‘L1VE TO LOVE’ di Kuching pada Ahad depan bersamaan dengan 14 September 2014.

Afgansyah Reza, seorang penyanyi solo terkenal berasal dari Indonesia berusia 25 tahun ataupun lebih dikenali sebagai Afgan akan berada di Kuching untuk mempromosi­kan album terbarunya yang berjudul ‘L1VE TO LOVE, LOVE TO L1VE’ dengan single baharu ‘Katakan Tidak’.

Beliau akan menghiburk­an para peminatnya di The HILLS Shopping Mall, Aras Concourse pada jam 2 petang.

Peminat yang teruja untuk bertemu dengan Afgan secara dekat dan peribadi berpeluang untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra dan mendapatka­n pas ‘Rockzone’ daripada ERAfm Sarawak.

Anda perlulah menjadi pemanggil pertama di talian 082 420961 apabila penyampai ERA memainkan isyarat memanggil dan peserta haruslah memberi kata laluan ‘Afgan LIVE TO LOVE’ untuk mendapatka­n pas ‘Rockzone’ dan menyanyi satu lagu Afgan untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra beserta pas ‘Rockzone’ pada hari tersebut.

Di samping itu melalui jam bonus, ERA fm Sarawak akan memberikan akses eksklusif untuk makan malam bersama Afgan kepada seorang pemenang bertuah.

Manakala bagi pendengar ERA di Sabah, mereka juga berpeluang untuk menyaksika­n showcase Afgan di Kuching.

Pemenang akan menerima penerbanga­n dan penginapan akan dibiaya sepenuhnya selama dua hari satu malam perjalanan ke Kuching, album yang mempunyai autograf Afgan, menghadiri sesi beramah mesra serta makan malam eksklusif bersama Afgan melalui ‘ERA MeleTOP’.

Pendengar perlu menjadi pemanggil pertama di talian 088 485 024 dan menjerit ‘Saya mau jumpa Afgaaaaaaa­aan ....!’ yang paling lama untuk memenangi perjalanan ke ‘Afgan L1VE TO LOVE’ showcase di Kuching.

Selain memenangi melalui ERAfm, The Hills Shopping Mall dan Stesen One Café akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jemputan sesi beramah mesra & pass ‘Rockzone’ juga.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www. facebook.com/hillsmall. kch, www.facebook. com/station1ku­ching atau hubungi Hills Shopping Mall at 082 253309.

Bukan itu sahaja, peminat Afgan juga akan turut dihiburkan dengan persembaha­n daripada Syamin seorang penyanyi baru yang berasal dari Sarawak.

Syamin kini tampil dengan single pertamanya yang berjudul ‘Lagi dan Lagi’. Lagu dan lirik oleh komposer terkenal Malaysia Ajai, sebuah nama yang cukup besar dalam industri hiburan tanahair.

Acara ini disokong oleh Leema, Drink The Music dengan kerjasama The Hills Shopping Mall, SRC, Station One Café dan Orang Kampong.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai showcase ‘Afgan L1VE TO LOVE’ di Kuching, sila layari fbsarawak.era.fm, fbsabah. era.fm dan dengarkan ERAfm Sarawak & Sabah.

Dengarkan ERAfm menerusi frekuensi 96.1FM di Kuching, 101.3FM di Miri dan 102.4FM di Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia