Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil kraf tabung duit

Syarikat keluarga dari Kampung Pichin, Serian kini bangga miliki perniagaan dikenali serata negara

- TEMPATAN

KUCHING: Bermula dengan menghasilk­an tabung duit yang diperbuat daripada buluh sebagai produk pertama mereka, kini syarikat Seni Buluh Enterprise sudah dikenali di negara ini, khasnya Semenanjun­g Malaysia.

Syarikat tempatan dari Kampung Pichin, Serian itu diterajui oleh Sijan Eson, 72, dan dua anaknya, Edwin dan Mary yang masing-masing mahir dalam menghasilk­an kraf daripada sumber semula jadi iaitu buluh.

Edwin berkata, dia telah melibatkan diri dalam bidang penghasila­n kraf tangan buluh itu sejak 1984 yang diwarisi daripada bapanya sendiri.

“Pertama kali hasil produk yang kami buat adalah lebih kepada tabung buluh, yang mana turut mendapat permintaan daripada pembekal.

“Mereka kadangkala menempah sehingga 100 biji dan kita bukan sahaja mendapat tempahan daripada pembekal tempatan, malah dari Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya ketika ditemui Utu- san Borneo di Promosi Kraf Malaysia 2014 yang diadakan di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Edwin memberitah­u, kini keluargany­a yang mempunyai bengkel di rumah mereka di Kampung Pichin menawarkan pelbagai hasil produk yang diperbuat daripada buluh.

“Kami mendapat bantuan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan berjaya menubuhkan bengkel untuk membuat hasil kraf tangan kami dan ia juga di bawah Satu Daerah Satu Industri (SDSI),” jelasnya.

Dia yang membuat hasil kraf buluh lebih kepada ukiran, sementara adiknya, Mary membuat hasil anyaman buluh yang kini mempunyai permintaan tinggi, termasuk topi tarian wanita Bidayuh.

“Saya belajar daripada bapa

“Hasil daripada promosi kami, syarikat kami sudah mula dikenali khasnya di Semenanjun­g Malaysia. Sebut sahaja Seni ” Buluh, mereka pasti tahu. Edwin Sijan Pengusaha kraf buluh

saya bagaimana menghasilk­an produk daripada buluh dan saya merupakan generasi ketiga yang mewarisi seni buluh ini,” katanya.

Bagi meningkatk­an promosi hasil seni buluh itu, Edwin berkata mereka menyertai program pameran anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu Promosi Kraf Malaysia sejak ia dimulakan.

Bahkan, hasil seni mereka juga telah dibawa untuk dipamerkan ke luar negara sebagai peserta dari Sarawak di England pada tahun 2008.

“Hasil daripada promosi kami, syarikat kami sudah mula dikenali khasnya di Semenanjun­g Malaysia. Sebut sahaja Seni Buluh, mereka pasti tahu,” katanya.

Dia memberitah­u, keluar- ganya amat bertuah kerana masih ada anak-anaknya ingin menyambung seni warisan itu pada usia muda atas minat mereka sendiri.

Kini, beliau sendiri pula mula berjinak-jinak dengan menghasilk­an cincin daripada batu buluh, iaitu batu yang ada di tanaman buluh mereka.

Malahan untuk memperting­katkan kemahirann­ya, dia mengikuti kursus di Kelantan dalam hasil kraf tangan sedemikian.

“Produk cincin ini masih baharu pada saya dan saya berusaha untuk memperting­katkan kemahiran ini dan berharap ia akan menjadi satu lagi tambahan kepada produk kami,” katanya.

Sementara itu, bapa Edwin, Sijan pula menceritak­an dia telah melibatkan diri dalam seni buluh sejak tahun 1960an dan belajar daripada nenek serta datuknya pada ketika itu.

“Semasa saya kecil pada usia lapan tahun, saya sering memerhati datuk saya membuat ukiran dan nenek saya membuat anyaman. Dari situ timbul minat dari saya sendiri.

“Apabila saya mencapai usia 18 tahun, saya pula mula aktif dalam bidang ukiran ini dan kini anak-anak saya pula mewarisi semuanya dan mereka amat berminat,” katanya.

Dia yang mempunyai lapan orang anak memberitah­u, walaupun kesemua anaknya mahir dalam menghasilk­an kraf tangan berkenaan, tidak semua aktif dalam aktiviti itu.

Sijan memberitah­u untuk mendapatka­n sumber bahan mentah, mereka hanya perlu ke hutan mencari bahan berkenaan.

Bagaimanap­un, bagi meneruskan kelangsung­an menghasilk­an produk itu, mereka menanam buluh bagi memudahkan lagi kerja mereka.

 ??  ??
 ??  ?? MOTIF ETNIK: Edwin (kanan) menunjukka­n‘terabai’ (perisai) kecil diperbuat daripada buluh sementara Mary menunjukka­n hasil anyaman juga daripada buluh hasil tangan mereka sendiri.
MOTIF ETNIK: Edwin (kanan) menunjukka­n‘terabai’ (perisai) kecil diperbuat daripada buluh sementara Mary menunjukka­n hasil anyaman juga daripada buluh hasil tangan mereka sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia