Utusan Borneo (Sarawak)

Misi lahir guru Bahasa Iban efisien

PISMP Bahasa Iban detik bersejarah, sedia tenaga pendidik berkualiti

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Iban menjadi detik kejayaan bersejarah untuk melahirkan kumpulan pertama bakal guru berkelulus­an ijazah dalam pengkhusus­an Bahasa Iban.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kejayaan itu membolehka­n guru-guru efisien dan berketeram­pilan mengajar Bahasa Iban dilahirkan, sekali gus membantu murid- murid dalam pembelajar­an Bahasa Iban.

“Subjek Bahasa Iban telah ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Tanjung Malim, Perak sejak tahun 2010 dengan menumpukan kepada guru-guru yang bakal mengajar di Sarawak.

“Ini merupakan satu pengiktira­fan kerana Bahasa Iban setanding dengan Bahasa Mandarin dan Tamil yang mana subjeknya juga diwujudkan di universiti tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran PISMP Bahasa Iban dan Simposium Bahasa dan Sastera Iban di sini, semalam.

Jabu berkata, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang merupakan IPG pertama yang menawarkan PISMP Bahasa Iban dengan kumpulan pertama ambilan Januari 2013.

Seramai 24 bakal guru kumpulan pertama itu akan menamatkan pengajian mere- ka pada November 2016 dan setakat ini, IPG Kampus Rajang telah menerima empat kumpulan dengan seramai 83 pelajar untuk PISMP Bahasa Iban, tambahnya.

Selain IPG Kampus Rajang, katanya, IPG Kampus Sarawak, Miri juga menerima satu kumpulan PISMP Bahasa Iban ambilan Jun 2014 dengan seramai 15 orang yang bakal tamat pengajian pada Mei 2019.

“PISMP Bahasa Iban ditawarkan dalam usaha untuk memperkasa­kan pembanguna­n Bahasa Iban ke peringkat pendidikan tinggi serta menyediaka­n tenaga pendidik yang berkualiti dalam men-

“PISMP Bahasa Iban ditawarkan dalam usaha untuk memperkasa­kan pembanguna­n Bahasa Iban ke peringkat pendidikan tinggi serta menyediaka­n tenaga pendidik yang berkualiti dalam mendidik anak bangsa di institusi ” pendidikan Malaysia. Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang Timbalan Ketua Menteri

didik anak bangsa di institusi pendidikan Malaysia,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Jabu mengumumka­n peruntukan khas masingmasi­ng RM30,000 kepada IPG Kampus Rajang dan Persatuan Pembanguna­n Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL) untuk menganjurk­an Pertanding­an Menulis Esei Bahasa Iban.

“Pertanding­an menulis esei itu perlu memberi penekanan berkaitan dengan usaha mengekalka­n semangat patriotism­e dalam kalangan generasai muda,” jelasnya yang turut mengumumka­n peruntukan tambahan RM40,000 kepada IPG Kampus Rajang.

Hadir sama ialah Rektor IPG Malaysia Sulaiman Wak, Pengarah IPG Kampus Rajang Raymond Gai Panting @ Gaie dan Presiden AEDIL Dr Lambat Lindong.

 ??  ?? PERKASAKAN PEMBANGUNA­N BAHASA IBAN: Jabu (dua kanan) menyumpit sebagai simbolik pelancaran PISMP Bahasa Iban dan Simposium Bahasa dan Sastera Iban di Sibu, semalam. Turut kelihatan ialah Sulaiman (kanan) dan Raymond (tengah).
PERKASAKAN PEMBANGUNA­N BAHASA IBAN: Jabu (dua kanan) menyumpit sebagai simbolik pelancaran PISMP Bahasa Iban dan Simposium Bahasa dan Sastera Iban di Sibu, semalam. Turut kelihatan ialah Sulaiman (kanan) dan Raymond (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia