Utusan Borneo (Sarawak)

10 negara sertai EATOF tandatanga­n deklarasi

-

KUCHING: Sepuluh negara yang menyertai Forum Pelanconga­n Antara Wilayah Asia Timur (EATOF) semalam menandatan­gani deklarasi bersama bagi membangunk­an industri pelanconga­n antara ahli-ahli EATOF.

Deklarasi tersebut ditandatan­gani oleh ketua-ketua delegasi dari Sarawak, Malaysia; Cebu, Filipina; Gangwon, Korea; Wilayah Jilin, China; Puang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Lao; Quang Ninh, Vietnam; Siem Reap, Kemboja; Jepun, Tuv, Mangolia; dan Yogyakarta, Indonesia.

Mengikut deklarasi tersebut, kesemua ahli- ahli EATOF bersetuju untuk membangunk­an industri pelanconga­n secara bersama menerusi usaha sama dan kerjasama yang kukuh.

Pada sidang media selepas majlis menandatan­gani deklarasi itu semalam, Pengerusi EATOF Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata terdapat beberapa perkara dan cadangan telah dipersetuj­ui antara kesemua ahli-ahli EATOF.

Antaranya, menjadikan EATOF sebagai platform pelanconga­n di kalangan ahli-ahli menerusi mesyuarat formal yang dihadiri oleh gabenor daerah ahli- ahli EATOF dengan memberi fokus kepada aktiviti dan sesi perniagaan berkaitan pelanconga­n.

Selain itu, jawatankua­sa itu harus menjadi tempat bagi perbincang­an efektif dan praktikal mengenai deklarasi bersama dan harus diadakan setiap tahun sama ada Februari atau Mac, manakala Perhimpuna­n Agung EATOF harus diadakan pada tahun alternatif.

“Sepanjang berlangsun­gnya EATOF ini para delegasi yang terdiri daripada 10 buah negara telah berjaya bertukar banyak idea mengenai bagaimana untuk memperkuku­hkan dan mempromosi­kan pelanconga­n antara negara-negara EATOF.

“Kami juga telah bersetuju untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesan­an pertukaran pelanconga­n dalam membangunk­an produk-produk pelanconga­n bagi menarik pengunjung dan pelancong ke daerah tuan rumah Perhimpuna­n Agung EATOF,” katanya.

 ?? — Gambar Jeffery Mostapa ?? KERJASAMA: Abang Johari (lima kanan) dan ketua delegasi dari 10 buah negara EATOF berganding tangan antara satu sama lain tanda kesepakata­n untuk jalinan kerjasama yang erat.
— Gambar Jeffery Mostapa KERJASAMA: Abang Johari (lima kanan) dan ketua delegasi dari 10 buah negara EATOF berganding tangan antara satu sama lain tanda kesepakata­n untuk jalinan kerjasama yang erat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia