Utusan Borneo (Sarawak)

Guna teknologi dengan bijaksana

Kakitangan Jabatan Kesihatan diseru tingkat kecekapan, kompetensi

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Kakitangan Jabatan Kesihatan dinasihat menggunaka­n kemudahan teknologi secara bijaksana untuk meningkatk­an pengetahua­n, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Datu Dr Zulkifli Jantan.

Beliau memberitah­u, kecanggiha­n teknologi harus dimanfaat untuk meningkatk­an kecekapan dan kompetensi, sekali gus memudahkan proses pembelajar­an serta membantu melaksanak­an tugas masing-masing.

“Adalah menjadi tanggungja­wab setiap anggota jabatan agar sentiasa melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n yang terkini dalam bidang masing- masing sama ada melalui kursus, pembacaan dan bertukar pendapat bersama rakan sekerja serta mendapatka­n maklumat melalui laman sesawang.

“Namun, perkembang­an teknologi yang semakin canggih masa kini perlu digunakan dengan sebaiknya agar tidak mendatangk­an masalah kepada diri sendiri.

Namun, perkembang­an teknologi yang semakin canggih masa kini perlu digunakan dengan sebaiknya agar tidak mendatangk­an masalah kepada

” diri sendiri. Datu Dr Zulkifli Jantan Pengarah Kesihatan Sarawak

“Sebagai contoh, menyalahgu­nakan media sosial seperti Facebook dengan memaparkan maklumat mengenai pesakit atau kejadian yang berlaku di tempat kerja masing-masing.

“Ada juga yang menggunaka­nnya untuk memburukka­n sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada pertingkah­an dan fitnah,” katanya sambil menegaskan kakitangan tidak harus melayari laman sosial ketika waktu pejabat atau tiada kaitan dengan tugas rasmi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang bertempat di Hotel Mega Miri di sini, petang semalam.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Dr Faizul Mansor.

Menurut Dr Zulkifli, sejajar dengan aspirasi ne- gara ‘ 1Malaysia, Rakyat Didahuluka­n, Pencapaian Diutamakan,’ kakitangan jabatan perlu mengutamak­an pesakit, memberi layan saksama kepada semua pesakit atau pelanggan tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa.

“Setiap anggota Jabatan Kesihatan di seluruh Sarawak harus melaksanak­an tugas masing-masing dengan sifat penyayang, profesiona­l dan kerja secara berpasukan, saling hormat- menghormat­i dan cekap dalam melaksanak­an tugas,” ujarnya.

Jelas beliau, selaku penjawat awam yang bersepadu, memberi layanan yang berkualiti kepada pelanggan dan meningkatk­an prestasi scara menyeluruh adalah tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an.

Seramai 244 kakitangan kesihatan yang terdiri daripada hospital, Pejabat Kesihatan, Pergigian dan Farmasi bagi Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang yang cemerlang pada tahun lepas menerima anugerah masing- masing pada majlis itu.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Zulkifli menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang di Miri, petang semalam. Turut kelihatan Dr Faizul (kanan).
TAHNIAH: Dr Zulkifli menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang di Miri, petang semalam. Turut kelihatan Dr Faizul (kanan).
 ??  ?? BEGINI: Dr Teo berinterak­si dengan kanak-kanak yang sedang menjalani sesi fisioterap­i di PDK Miri semalam.
BEGINI: Dr Teo berinterak­si dengan kanak-kanak yang sedang menjalani sesi fisioterap­i di PDK Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia