Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia lebih banyak peruntukan kepada PDK di Sarawak: Dr Teo

-

MIRI: Kerajaan negeri dan persekutua­n diminta menyediaka­n lebih banyak peruntukan untuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an dan pengajaran yang kondusif di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK) di Sarawak, khususnya Miri.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, sehingga kini tiada peruntukan khas untuk membina bangunan bagi membolehka­n golongan istimewa itu mendapat latihan atau mengikuti pembelajar­an.

“Contoh yang paling jelas ialah PDK Miri yang kini masih beroperasi dengan menumpang kuarters lama Shell di Taman Simpanan Semula Jadi Piasau yang dahulu dikenali sebagai Kem Piasau.

“Pusat ini bukan sahaja sesak dan padat dengan 157 kanak-kanak istimewa, namun mereka terpaksa ber- pindah keluar kerana tempat tersebut hanya diberikan sementara oleh Shell,” katanya semasa meninjau PDK Miri di Piasau semalam.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Fau Teck. Semasa lawatan itu, mereka diberi taklimat ringkas mengenai operasi PDK Miri oleh Pegawai Petugasnya Chong Bee Lan.

Menurut Dr Teo, mereka memerlukan RM3 juta bagi menubuhkan sebuah pusat baharu berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, namun sehingga kini pusat tersebut masih mengalami kekurangan peruntukan.

“Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen tidak lama lagi, manakala Fong akan mengemukak­an isu yang sama di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Teo berbangga dengan program pendidikan dan intervensi yang dilaksanak­an di pusat tersebut dan menyaranka­n ibu bapa yang mempunyai anak-anak keperluan khas agar menghantar mereka ke PDK atau pusat pemulihan yang berhampira­n bagi memastikan mereka mendapat latihan yang sewajarnya dan mampu berdikari.

Semasa lawatan, Dr Teo turut menyumbang RM300 untuk pusat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia