Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf Gereja St Gregory, Kpg Selampit masih perlu RM50,000

-

KUCHING: Gereja St Gregory, Kampung Selampit yang terletak di Daerah Lundu dekat sini memerlukan dana sekurangku­rangnya RM50,000 lagi untuk menampung kos naik taraf gereja berkenaan.

Meskipun keadaan strukturny­a masih kukuh, namun gereja yang telah berusia 51 tahun itu tidak lagi mampu menampung bilangan umat yang semakin bertambah.

Dengan kira-kira 400 hingga 500 orang umat, gereja ini tidak mampu memuatkan semua umat pada satu masa, terutama pada perayaan misa, Krismas, Paska dan minggu-minggu biasa yang lain.

Bendahari gereja Simon Tugong Sindip berkata, kerjakerja naik taraf gereja dilaksanak­an secara berperingk­at- peringkat dengan anggaran keseluruha­n kos sebanyak RM80,000.

Bagi menampung kos tersebut, pelbagai aktiviti diadakan termasuk Majlis Ulang Tahun Ke-51 gereja yang akan berlangsun­g malam ini di Dewan Gereja St Gregory.

Majlis ringkas itu akan dimulakan dengan perayaan misa yang akan disertai oleh kira- kira 500 orang umat temasuk jemputan dari semua gereja Katolik dari Daerah Lundu pada jam 6 petang diikuti jamuan malam.

Bagi menyerikan lagi majlis, turut diadakan cabutan nama bertuah, jualan minuman, lagu tajaan dan suara emas di mana semua hasil kutipan akan disumbangk­an ke dana gereja.

Turut dijangka hadir Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Ranum Mina.

Dalam pada itu kedua-dua wakil rakyat berkenaan sebelum ini telah memperuntu­kkan sejumlah RM40,000 kepada jawatankua­sa gereja iaitu RM30,000 daripada Ranum dan RM10,000 daripada Nogeh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia