Utusan Borneo (Sarawak)

RM250,000 untuk BALB di Rh Sengat

-

LIMBANG: Sebanyak RM250,000 bakal disalurkan untuk pelaksanaa­n Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) sistem retikulasi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Rumah Sengat, Jalan Kubong tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek itu akan memberi manfaat kepada penghuni rumah panjang sebanyak 51 pintu iu.

Jelasnya, sebelum ini Rumah Sengat berdepan masalah bekalan air meskipun kerajaan sudah menyediaka­n tangki air bagi pelaksanaa­n sistem air terawat melalui air bukit.

“BALBbernil­aiRM250,000 ini akan memberi manfaat kepada penghuni rumah panjang tersebut apabila sistem paip retikulasi di setiap pintu rumah dijangka mula dibina tahun ini,” ujarnya ketika lawatan kerja ke beberapa rumah panjang di Jalan Kubong di sini, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Jurutera Bahagian Jabatan Kerjay Raya (JKR) Anding Unchi.

Dr Rahman berkata, sebanyak RM25,000 sudah diagihkan kepada rumah panjang terbabit bagi pembelian tanah berkeluasa­n suku ekar untuk pembinaan sebuah dewan sebelum ini.

Selain itu, katanya, bekalan elektrik sedang dalam proses permohonan untuk dilaksanak­an di kawasan sama berikutan masih terdapat beberapa buah rumah yang masih dalam proses pembinaan baharu.

Selain BALB, elektrik dan jalan simen, Rumah Sengat turut menerima projek pembinaan parit konkrit daripada agensi berkaitan di sepanjang rumah panjang baharu itu.

Dalam pada itu, Dr Rahman memberitah­u sejumlah RM150,000 dibelanjak­an bagi kerja naik taraf dua jalan simen dan satu lagi meninggika­n jalan di kawasan Rumah Unjah di Jalan Kubong.

“Projek di bawah Penyelengg­araan Infrastruk­tur Asas (PIAS) itu akan dilaksanak­an pada tahun ini,” tambahnya.

Projek terbabit merangkumi komponen naik taraf dua jalan simen sepanjang 150 meter serta meninggika­n jalan setinggi satu meter sepanjang 50 meter di kawasan Rumah Unjah bagi mengelak jalan terbabit dilimpahi air ketika banjir.

Dr Rahman pada lawatan sama mahu penduduk rumah panjang agar terus berdiri teguh menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memastikan segala program dan agenda pembanguna­n dapat direalisas­ikan di kawasan luar bandar.

Lina Tsen Pengerusi Penganjur Pameran Pelanconga­n MATTA Mini Sarawak 2014

daftar dalam tempoh tiga hari pameran itu.

“Lokasi terpilih ialah China, Indo-China dan Malaysia kerana banyak tempat di seluruh negara yang menarik untuk dilawati. Sasaran kami iaitu 500 orang pelanggan berdaftar sudah memadai,” ujarnya ketika ditemui se-

Lokasi terpilih ialah China, Indo-China dan Malaysia kerana banyak tempat di seluruh negara yang menarik untuk dilawati. Sasaran kami iaitu 500 orang

” pelanggan berdaftar sudah memadai.

dengan masyarakat, selain mengukuhka­n lagi industri pelanconga­n di Sarawak, katanya.

“Bagi pihak pempamer, kita mahu menambah jumlah pelancong yang melancong ke dalam dan luar negeri bagi segmen Sarawak.

“Kita juga menyediaka­n pengalaman bermakna untuk percutian mereka dengan produk dengan nilai untuk duit pelanggan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai berkunjung ke pameran tersebut yang bermula semalam hingga 7 September di sayap baharu, Pusat BeliBelah Boulevard di sini.

Antara ejen pelncongan mengambil bahagian ialah Airworld Travel and Tours, Borneo Exploratio­n, Cat City Holidays, Great Leap Tours, Ibanika Tours and Travel, Inter- Continenta­l Travel, Ming Ming Travel Services, Multiclien­ts Travel, Orient Holidays, Pin Sing Travel and Tours.

Reliance Shipping and Travel Agencies, Sak Soon Travel Agencies, Sara Worldwide Vacations, Tanahmas Travel, TH Travel Services, Tour Exotica and Bank of China Malaysia juga turut serta.

Sementara itu, Penasihat MATTA Sarawak Dayang Azizah Zaidan percaya bulan September merupakan masa terbaik untuk merancang percutian secara persendiri­an atau bersama keluarga kerana tempoh bercuti dari November sehingga Disember agak panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia