Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan gugat keharmonia­n rakyat

Individu buat provokasi dan hasutan melampau akan diambil tindakan

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Individu yang membuat provokasi dan hasutan melampau bakal berhadapan tindakan tegas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Menurutnya, tindakan segelintir individu bertindak sedemikian amat dibimbangi kerana mengganggu gugat keharmonia­n dan kesepakata­n masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Selepas merdeka dan penubuhan Malaysia, kita hidup dalam keadaan bertolak ansur antara satu sama lain, namun kini terdapat individu berani membuat provokasi dan hasutan melampau untuk mencemar perpaduan yang terjalin selama ini.

“Justeru, kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap individu yang tidak bertanggun­gjawab ini dengan mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Jemukan di sini, semalam.

Malah, Nancy berkata usaha individu tertentu menghasut rakyat Sarawak dan Sabah keluar Malaysia disifatkan tidak menghormat­i Perlembaga­an dan institusi diraja di negara ini.

“Kita amat kesal atas sikap individu sebegini bukan sahaja memburukka­n imej dan nama Malaysia, tetapi merosakkan keharmonia­n dan persefaham­an kaum yang terjalin sejak dahulu lagi,” tambah Nancy.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya, Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, Malaysia merupakan satusatuny­a negara yang menyediaka­n peluang pendidikan untuk semua kaum.

“Oleh itu, tidak timbul isu bahawa kerajaan mengana- ktirikan sekolah aliran SJKC mahupun SJKT.

“Malah, kerajaan amat memberi perhatian kepada pendidikan rakyatnya dengan 26 peratus daripada belanjawan tahunan disalurkan kepada bidang pendidikan selain memperuntu­kkan Tabung Khas Pembinaan, Penambahba­ikan dan Penyelengg­araan Sekolah,” jelasnya.

Beliau mendedahka­n, kera- jaan turut memperuntu­kkan dana tambahan sebanyak RM450 juta kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahba­ikan dan Penyelengg­araan Sekolah di mana pada pembentang­an Bajet 2012 dan 2013 masing-masing diperuntuk­kan sebanyak RM1 bilion.

“Daripada jumlah tambahan RM450 juta itu, RM50 juta diperuntuk­kan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan

Selepas merdeka dan penubuhan Malaysia, kita hidup

dalam keadaan

bertolak ansur

antara satu sama

lain, namun kini

terdapat individu

berani membuat

provokasi dan

hasutan melampau

untuk mencemar perpaduan yang

“terjalin selama Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

ini.

Cina,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Nancy merasmikan dua blok bangunan baharu SJK Chung Hua Jemukan bernilai RM80,000 yang menempatka­n sebuah makmal sains, sebuah bilik pemulihan, sebuah bilik darjah untuk tahun 1 dan sebuah lagi bilik darjah untuk tahun 2.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya Aidel Lariwoo.

 ??  ?? BANGUNAN BAHARU: Nancy (dua kiri) dan Aidel (kiri) meninjau bilik darjah bangunan baharu SJK Chung Hua Jemukan, semalam.
BANGUNAN BAHARU: Nancy (dua kiri) dan Aidel (kiri) meninjau bilik darjah bangunan baharu SJK Chung Hua Jemukan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia