Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keluar Malaysia tidak patut timbul

-

MIRI: Isu keluar Malaysia disifatkan satu pendirian serta cadangan yang kurang bijak dan sepatutnya tidak ditimbulka­n sama sekali.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau Jok berkata, Sarawak, Sabah dan negeri- negeri lain masih memerlukan Malaysia untuk pembanguna­n dinamik.

“Soal keluar Malaysia sepatutnya tidak perlu pun dibangkitk­an kerana tidak dinafikan bahawa ia adalah tindakan kurang bijak,” ujarnya kepada Utusan Borneo semalam ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Malah, katanya, cadangan itu sebenarnya amat merugikan dalam pelbagai aspek, terutama bagi negeri-negeri yang masih memerlukan kekuatan untuk membangun.

Beliau memberikan contoh tenaga kerja dalam pelbagai bidang seperti pendidikan yang mencapai lebih 40,000 kakitangan bekerja di negeri ini, majoritiny­a turut terdiri daripada penduduk Semenanjun­g Malaysia.

“Kita harus fikir dari aspek tenaga kerja dan kekuatan kewangan serta ekonomi jika menyentuh tentang hal itu,” jelasnya.

Itu, tambah Dennis, belum lagi tenaga kerja dalam bidangbida­ng lain yang turut berhadapan masalah sama.

Justeru, beliau menyifatka­n keputusan bersama pemimpin terdahulu membentuk Malaysia sebagai satu tindakan paling bijak.

Bagi dirinya sebagai salah seorang wakil rakyat Orang Ulu di Sarawak dari kawasan pedalaman, Dennis mengakui pihaknya memerlukan komuniti lebih besar untuk membantu mereka.

“Kita (Orang Ulu) perlu komuniti lebih besar untuk turut membantu dan ini hanya dapat dilakukan melalui Malaysia dan merujuk kepada semua apa yang kita ada sekarang,” ujarnya.

Isu tersebut menjadi perbualan khasnya di laman-laman sosial ekoran tindakan pihak tertentu yang mengusulka­n Sabah keluar Malaysia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia