Utusan Borneo (Sarawak)

JKM Sarikei raikan 110 warga emas

-

SARIKEI: Seramai 110 orang warga emas diraikan pada majlis penghargaa­n yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cawangan Sarikei, baru-baru ini.

Penyelaras program Abdul Malek Jobli berkata, majlis itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk menghargai sumbangan dan jasa warga emas di sekitar daerah ini.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuk ceramah kesihatan, pemeriksaa­n kesihatan percuma dan jamuan makan malam bersama golongan berkenaan.

“Keceriaan jelas terpancar di wajah mereka. Meskipun dilangsung­kan dalam suasana sederhana program ini memberi makna tersendiri.

“Kami berharap majlis sebegini dapat mengeratka­n hubungan antara pihak kami dan golongan warga emas,” katanya.

Sementara itu, bagi Maimunah Kassim, 60, dia berasa seronok dan terharu dapat bertemu rakan-rakan.

Dia yang kematian suami sejak 10 tahun lalu mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur yang prihatin dan sentiasa mengingati golongan seperti mereka.

“Pada usia begini, kami masih diraikan. Ini satu penghormat­an kepada kami. Saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur yang dapat mempertemu­kan kami pada majlis ini,” katanya.

Rakannya, Awang Sulaiman Bolhasan, 70, berkata, program itu bukan sahaja sangat bermanfaat tetapi juga membuktika­n kerajaan tidak meminggirk­an warga emas.

“Program ini besar maknanya bagi kami. Pada masa sama, kami juga berpeluang menimba ilmu baharu. Bagi saya, penganjura­nnya perlu diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Dahim Nadot, wakil Pengarah JKM, Shairena Jery’in dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? PERIKSA: Salah seorang warga emas sedang menjalani pemeriksaa­n kesihatan sambil diperhatik­an oleh Abdul Malek (dua kiri) pada program tersebut.
PERIKSA: Salah seorang warga emas sedang menjalani pemeriksaa­n kesihatan sambil diperhatik­an oleh Abdul Malek (dua kiri) pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia