Utusan Borneo (Sarawak)

Kpg Usaha Jaya Baru kawasan ‘panas’ dadah

-

SIBU: Kampung Usaha Jaya Baru, Jalan Sentosa Salim disifatkan sebagai kawasan ‘panas’ bagi gejala penagihan dan pengedaran dadah, kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kampung tersebut Olive Boll.

Ditemui semasa Bengkel Keselamata­n Komuniti & Jom Ronda Versi 3.0 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa Salim pagi semalam, Olive berkata kampung tersebut disifatkan ‘panas’ pada masa ini oleh pihak polis.

“Di kawasan Kampung Usahajaya Baru, memanglah dikatakan oleh pihak polis sebagai kawasan ‘panas’ pada masa kini.

“Panas yang saya maksudkan bukanlah kerana kes-kes bunuh atau sebagainya, tetapi ‘panas’ kerana gejala penagihan dadah, pengedaran pil-pil dan penyalahgu­naan dadah,” jelas Olive.

Menurutnya, beliau dan beberapa ahli Skim Rondaan Sukarela ( SRS) Kampung Usahajaya Baru pernah terserempa­k dengan beberapa individu mencurigak­an dipercayai sedang melakukan urusan jual beli dadah ketika menjalanka­n rondaan di sekitar kawasan kampung tesebut.

“Ketika kami membuat rondaan, kami sering kali terjumpa mereka (penagih dan pengedar dadah) sedang menjual pil-pil (dadah).

“Jadi kami akan segera menghubung­i pihak polis kerana adalah menjadi bidang kuasa pihak polis untuk menangkap mereka,” ujar Olive.

Olive turut menyatakan kesukaran untuk mengesan gejala dadah itu kerana modus operandi pengedar dadah yang sering berubah.

“Mereka (pengedar) tidak tertumpu pada satu tempat sahaja, tetapi sering berpindah-pindah kerana mereka takut dikesan oleh pihak berkuasa,” jelasnya.

Sementara itu, ASP Wong Teck Kue dari Balai Polis Lanang berkata, pihak polis memantau rapi sekitar kawasan Kampung Usahajaya Baru apabila berjaya membuat banyak tangkapan berhubung gejala dadah.

“Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu Cawangan Narkotik dan Ketua Polis Daerah (KPD) memang telah mengarahka­n mereka membuat rondaan di kawasan itu dan banyak tangkapan telah dibuat,” kata Wong ketika ditanya selepas menyampaik­an ceramah mengenai Tatacara Tangkapan Orang Awam pada bengkel itu.

Beliau berkata, pihak polis akan meningkatk­an operasi menangkap pihak bertanggun­gjawab dalam gejala tersebut, justeru menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar melaporkan kepada pihak polis di bilik gerakan yang berdekatan.

Turut menyampaik­an ceramah ialah Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sibu Suridah Saadi dan wakil dari Unit Keselamata­n JPNIN Kuching Nurul Faizal Mohamad.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Susan Benet.

 ??  ?? BANTERAS: Pengerusi-pengerusi KRT bagi setiap cawangan Sibu merakamkan kenangan bersama penceramah dan pegawai selepas Bengkel Keselamata­n Komuniti & Jom Ronda Versi 3.0, semalam. Turut kelihatan (dari empat kiri) Faizal, Wong, Susan, Bujang, Olive dan...
BANTERAS: Pengerusi-pengerusi KRT bagi setiap cawangan Sibu merakamkan kenangan bersama penceramah dan pegawai selepas Bengkel Keselamata­n Komuniti & Jom Ronda Versi 3.0, semalam. Turut kelihatan (dari empat kiri) Faizal, Wong, Susan, Bujang, Olive dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia