Utusan Borneo (Sarawak)

51 penerjun sah sertai ‘BASE Jump’ 19-21 September

-

SIBU: Seramai 51 penerjun dari seluruh dunia mengesahka­n penyertaan setakat ini bagi menyertai ‘Sibu BASE Jump 2014’ yang akan berlangsun­g di Dataran Bandar Sibu Fasa 1 dari 19 hingga 21 September ini.

Pengerusi Pasukan Petugas Penggalaka­n Pelanconga­n Bahagian Sibu Sim Kok Kee berkata, jumlah tersebut menjadikan penyertaan pada tahun ini paling ramai sejak acara itu bermula pada tahun 2009.

Pada tahun lepas, seramai 35 penerjun mengambil bahagian, diikuti 2012 (28), 2011 (23), 2010 (10) dan 2009 (11).

“Seperti acara sebelum ini, aspek keselamata­n penerjun akan diberi penekanan yang lebih pada edisi keenam tahun ini,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Menurut Sim, persiapan bagi penganjura­n acara itu telah dibuat.

“Ini bagi memastikan semuanya berjalan lancar pada masa itu nanti,” jelasnya sambil memberitah­u terjunan malam akan dilakukan pada 19 dan 20 September, dari jam 7 malam hingga 10 malam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Beliau juga memberitah­u, taklimat kepada penerjun akan diadakan pada tengah hari 18 September ini.

Ditanya mengenai peserta wanita, Sim berkata jumlah tersebut belum dapat dipastikan lagi kerana beliau belum mendapat senarai nama peserta.

Penerjun akan membuat terjunan dari atas Wisma Sanyan yang setinggi 126 meter sebelum mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa 1.

Penerjun tersebut datang dari 13 buah negara seperti Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Romania, Perancis, Denmark, Kanada, Jerman, New Zealand, Rusia, Kuwait dan Norway, selain penerjun dari Malaysia.

 ??  ?? SIM
SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia