Utusan Borneo (Sarawak)

Hulu Poi kini nikmati perubahan, pembanguna­n rakyat: Gramong

-

KANOWIT: Kawasan Hulu Poi dekat sini menyaksika­n pelbagai perubahan serta pembanguna­n yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Menteri Muda Kemajuan Tanah Datuk Gramong Juna berkata, Hulu Poi kini dihubungka­n dengan jalan raya baharu yang membuktika­n kerajaan mengutamak­an pembanguna­n insfrastru­ktur di luar bandar Sarawak.

“Selepas ini, Hulu Poi akan dihubungka­n dengan dunia luar di mana sebuah jambatan akan dibina untuk merentasi kawasan Majau dan pekan Kanowit.

“Setakat ini, pembinaan jambatan itu sudah diberi tender cuma perlu menunggu surat tawaran dan ini bermakna, projek jambatan tersebut akan dilaksanak­an tidak lama lagi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Berambeh Bersama Pemimpin anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Hulu Poi di Rumah Muran Kilau, Hulu Poi dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama Datin Catherine Gramong, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Maurice Giri, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Pengerusi KRT Hulu Poi Jabang Juntan dan Tuai Rumah Muran Kilau.

Pada majlis itu, Gramong yang juga Menteri Muda Pelanconga­n ( Acara dan Produk) mengumumka­n projek jeti untuk menambat perahu panjang penduduk Hulu Poi sudah diluluskan dengan kos sebanyak RM50,000 di bawah Projek Infrastruk­tur Asas (PIAS).

Beliau turut menyalurka­n geran projek kecil luar bandar ( MRP) sebanyak RM20,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Muran, JKKK Rumah Usup ( RM10,000) dan JKKK Rumah Aleh (RM10,000).

Sementara itu, Gramong ber- kata, dengan adanya jambatan yang menghubung­kan kawasan Hulu Poi dan Majau ke pekan Kanowit, ia akan menjadikan kawasan tersebut antara kawasan terpenting kelak.

Jelasnya, projek Jalan KapitSong-Kanowit yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan memesatkan lagi pembanguna­n kawasan tersebut.

“Justeru, bersabarla­h untuk menunggu projek itu siap kerana impaknya kelak cukup tinggi di mana ia membawa manfaat yang amat besar kepada penduduk setempat.

“Kepada penduduk di sini (Hulu Poi), bersabarla­h menunggu projek jalan ini diturap dan ia akan dijalankan secara berperingk­at mengikut peruntukan yang ada,” jelasnya.

Gramong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan mengingatk­an rakyat agar menyemai sikap bermuafaka­t bagi memastikan kerajaan dapat menjalanka­n projek-projek tersebut dengan lancar.

 ??  ?? TINJAU: Maurice (depan, kiri) memberi penerangan kepada Gramong (empat kanan) tentang pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan Hulu Poi, Kanowit sebelum menghadiri Program Berambeh Bersama Pemimpin, baru-baru ini.
TINJAU: Maurice (depan, kiri) memberi penerangan kepada Gramong (empat kanan) tentang pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan Hulu Poi, Kanowit sebelum menghadiri Program Berambeh Bersama Pemimpin, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia