Utusan Borneo (Sarawak)

Terokai ekopelanco­ngan Sarawak

EATOF peluang perkenal kawasan menarik negeri ke peringkat dunia

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Forum Pelanconga­n Antara Wilayah Asia Timur (EATOF) diharap dapat menjadi platform untuk menerokai kawasan tarikan ekopelanco­ngan di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penganjura­n EATOF Ke-14 di Sarawak memberi peluang untuk Sarawak memperkena­lkan kawasan tarikan ekopelanco­ngan ke mata dunia.

“Sarawak adalah negeri yang paling besar di Malaysia dengan populasi rakyatnya 2.8 juta yang mempunyai pelbagai tempat ekopelanco­ngan ditawarkan yang boleh diterokai.

“Justeru, saya berharap EATOF yang dianjurkan di sini dapat memberi ruang untuk kami di Sarawak mempromosi­kan negeri ini, selain memperkena­lkan tempat tarikan ekopelanco­ngan kepada dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena EATOF Ke- 14 di Hotel Riverside Majestic di sini, malam kelmarin.

Menteri Perumahan itu menambah, keluasan kawasan menarik dan unik di negeri ini memberi pengalaman kepada delegasi yang datang untuk menerokain­ya.

“Saya berharap delegasi yang hadir dapat menerokai khazanah yang ada di sini yang pastinya memberi pengalaman baharu kepada anda,” katanya.

Pada masa sama, Abang Johari berkata EATOF dapat merancakka­n lagi pembanguna­n ekopelanco­ngan berasaskan komuniti di negeri ini.

“Penglibata­n masyarakat dalam membangunk­an sektor pelanconga­n amat pent- ing, sebab itu EATOF yang dianjurkan ini diharap dapat membangunk­annya usaha ke arah ini.

“Justeru, saya berharap semua delegasi yang datang menyertai EATOF ini dapat menikmati dan mendalami keunikan pelanconga­n yang ditawarkan di negeri ini,” ujarnya.

Pada majlis makan malam itu, delegasi yang hadir dikejutkan dengan persembaha­n istimewa daripada pemain violin terkenal Sarawak, Nisa Addina.

Selain itu, pelbagai perse-

Justeru, saya berharap EATOF yang dianjurkan di sini dapat memberi ruang untuk kami di Sarawak mempromosi­kan negeri ini, selain memperkena­lkan tempat tarikan ekopelanco­ngan

” kepada dunia. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Menteri Pelanconga­n

mbahan tarian tradisiona­l turut diadakan dalam usaha mempromosi­kan keunikan kaum di negeri ini.

 ??  ?? CARA KAMI: Abang Johari mengetuai ucap hormat bersama barisan gabenor dan tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam EATOF 2014 di Kuching, malam kelmarin.
CARA KAMI: Abang Johari mengetuai ucap hormat bersama barisan gabenor dan tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam EATOF 2014 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia