Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pegawai JAIS dipilih sebagai PIHMIS di Mekah

-

KUCHING: Dua pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dipilih sebagai Pembimbing Ibadat Haji Majlis Islam Sarawak (PIHMIS) untuk memberikan perkhidmat­an khas kepada jemaah haji semasa berada di Tanah Suci.

Mereka terdiri daripada Ustaz Muhammad Adib Saini dari Bahagian Dakwah JAIS dan Ustazah Foziah Sidek dari Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching.

Kedua-dua mereka akan berangkat bersama jemaah haji Sarawak pada 9 dan 11 September.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Putit Matzen berkata, untuk terpilih sebagai PIHMIS, calon perlu melalui saringan ketat termasuk ujian bertulis dan proses temu duga.

“Sepatutnya kita mahu menghantar empat orang PIHMIS, namun kuota yang ditetapkan hanya dua orang.

“Namun mereka yang terpilih kali ini telah melalui proses saringan yang ketat,” ujarnya pada Majlis Al-Wida PIHMIS 1435h/ 2014M di Pejabat MIS semalam.

Menurut Putit, antara tugas PIHMIS termasuk membantu menyelesai­kan masalah ibadat haji dan umrah jemaah haji Sarawak selain membantu jemaah haji yang uzur untuk menyelesai atau menyempurn­akan ibadah haji, umrah dan lain-lain.

PIHMIS, katanya, turut berperanan menziarahi jemaah haji Sarawak di bilik dalam maktab dan zon serta khemah di Arafah dan Mina, selain menziarahi jemaah haji yang dimasukkan ke hospital.

Beliau berkata, setiap tahun sejak 1990- an, MIS telah menghantar beberapa orang PIHMIS ke Tanah Suci seperti yang termaktub di bawah peruntukan Seksyen 58( 1)( iv), Ordinan Majlis Sarawak,2001.

Majlis itu juga menyaksika­n sijil penghargaa­n disampaika­n kepada sahabat PIHMIS yang terdiri daripada kalangan jemaah haji.

Pertama kali diadakan tahun lepas, seramai 25 orang jemaah haji terlibat dalam program tersebut sebagai menghargai sumbangan mereka yang menjalanka­n tugas secara sukarela.

 ??  ?? PEMBIMBING: Putit memasangka­n ves kepada Adib yang merupakan salah seorang PIHMIS sambil disaksikan tetamu lain.
PEMBIMBING: Putit memasangka­n ves kepada Adib yang merupakan salah seorang PIHMIS sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia