Utusan Borneo (Sarawak)

MDDM anjur kursus motivasi, semai sikap positif kepada kakitangan­nya

-

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) menganjurk­an Kursus Motivasi dan Pembentuka­n Sikap Positif untuk kakitangan­nya di Kem Belia Mukah yang berakhir semalam.

Kursus dua hari mulai 4 September itu mengetenga­hkan beberapa aktiviti untuk para peserta antaranya ceramah dan aktiviti luar bersama jurulatih Kem Belia.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Anthony Valentine Laiseh memberitah­u, kursus seumpama itu amat baik serta berguna khasnya kepada penjawat awam.

Menurut beliau, ia mampu memberi kesedaran dan membentuk sikap-sikap positif ke- pada para peserta kursus.

“Pihak kerajaan amat menggalakk­an program seperti ini dianjurkan khasnya kepada panjawat awam kerana ia mampu memberi faedah yang amat besar kepada penjawat awam, selain ia akan menyajikan pelbagai ilmu pengetahua­n.

“Sesungguhn­ya, ilmu tidaklah mudah untuk dicari dan bukan datang bergolek, sebaliknya ia memerlukan usaha yang tinggi,” katanya pada majlis penutupan rasmi kursus semalam.

Sehubungan itu, Anthony menyeru penjawat awam yang masih muda agar men- gambil peluang untuk menimba ilmu seterusnya mampu mencapai kejayaan yang diimpikan.

“Saya sarankan penjawat awam yang masih muda agar mengambil peluang untuk berjaya kerana apabila usia sudah lanjut kelak ia sudah terlambat.

“Maka, segala pengalaman sepanjang kursus seperti ini harus menjadi panduan untuk melangkah ke hadapan untuk berjaya,” katanya.

Turut hadir Wali Kota MDDM Yakub Arbi, Setiausaha MDDM Anthony Luta serta kakitangan MDDM.

 ??  ?? TAHNIAH: Anthony (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang peserta kursus. Turut kelihatan Yakub (empat kiri) dan Anthony Luta (dua kanan).
TAHNIAH: Anthony (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang peserta kursus. Turut kelihatan Yakub (empat kiri) dan Anthony Luta (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia