Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival tanglung perlu dipromosi

Senaraikan acara dalam kalendar untuk tingkat pelanconga­n Sarawak

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Karnival tanglung wajar disenaraik­an dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak dalam usaha mempromosi­kan sektor pelanconga­n negeri ini.

Penasihat Persatuan Gabungan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Datuk Pau Chiong Ung berkata, karnival tahun kelima dilihat berjaya menarik kehadiran ramai penduduk pelbagai kaum, justeru ia harus dipromosik­an sebagai salah satu daripada tarikan pelanconga­n penting di negeri ini.

Menurut beliau, karnival itu turut menampilka­n pelbagai acara lain antaranya pesta makanan, kebudayaan, perarakan kereta berhias dan tanglung, acara ‘Maju Sarawak Run’ dan sebagainya.

Sehubungan itu, Pau mencadangk­an agar pihak penganjur mencari idea untuk mempopular­kan makanan istimewa pada pesta makanan sempena karnival itu.

“Kita amat maklum, beberapa makanan popular di negara ini antaranya char kuey teow sudah pastinya yang terbaik di Pulau Pinang, laksa pula di Kuching, kampua di Sibu dan belacan di Bintulu.

“Mungkin pihak tertentu ada idea untuk mempopular­kan makanan-makanan lain pada pesta ini selain makanan yang dinyatakan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Pesta Makanan sempena Karnival Tanglung Bintulu di Dataran Esplaned malam kelmain.

Jelas beliau, dengan pendekatan itu, ia mampu mena- rik perhatian orang ramai ke karnival itu, sekali gus memeriahka­n pesta makanan yang diadakan.

Sementara itu, Timbalan Residen (Sosial) Richard Michael Abunawas mewakili Residen Bintulu, Muhamad Yakup Kari berkata, pesta tanglung yang diadakan setiap tahun oleh masyakarat Cina yang menarik kehadiran pel- bagai kaum merupakan satu perkembang­an sihat untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini.

Katanya, ia mampu menjadi tarikan masyarakat pelbagai kaum untuk berkumpul dan memeriahka­n suasana malam yang unik dan berwarnawa­rni.

“Kita amat bangga kerana perayaan ini mencapai ob-

Mungkin pihak tertentu ada idea untuk

mempopular­kan

makanan-makanan

lain pada pesta ini selain makanan

yang

dinyatakan. Datuk Pau Chiong Ung Penasihat FORCA Bintulu

jektifnya bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum serta meraikan kepelbagai­an budaya yang mampu menjadi satu kekuatan kepada masyarakat, namun ia memerlukan penglibata­n semua pihak,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi FORCA Bintulu dan Sarawak Dr Wong Aik Loung, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Mohidin Ishak, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bintulu Dr Francis Toh serta yang lain.

 ??  ?? ENAK: Pau (kanan), Mohidin dan Richard (kiri) menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai mengambil bahagian pada Pesta Makanan sempena Karnival Tanglung Bintulu, malam kelmarin.
ENAK: Pau (kanan), Mohidin dan Richard (kiri) menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai mengambil bahagian pada Pesta Makanan sempena Karnival Tanglung Bintulu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia