Utusan Borneo (Sarawak)

Longgok sampah, lumpur tidak akan selesai masalah

-

BINTANGOR: Tindakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Meradong yang melonggokk­an sampah serta lumpur dari dalam longkang, di hadapan pejabat Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) tidak akan membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi penduduk di situ.

Setiausaha MDMJ Adrian Luang berkata, perbuatan ahliahli DAP itu menunjukka­n pihak pembangkan­g hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat menyelesai­kan masalah atau memberi pembanguna­n kepada rakyat.

“Pihak MDMJ tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan itu hanya menunjukka­n mereka (DAP) tidak dapat mentadbir negara ini.

“Sekiranya mereka benar- benar mahu membantu meningkatk­an kehidupan rakyat, tiada sebab mengapa mereka tidak dapat bekerjasam­a dengan MDMJ untuk mencari jalan menyelesai­kan masalah serta memajukan negara ini,” ujarnya.

Adrian berkata demikian ketika sesi dialog bersama Persatuan Tuai Rumah Meradong (PTRM), kelmarin.

Hadir sama Penghulu Augustine Pau, Pengerusi PTRM Tuai Rumah Rantie Ayai serta yang lain.

Baru-baru ini, ahli DAP Meradong telah melonggokk­an sampah dan lumpur dari dalam longkang di hadapan pejabat MDMJ sebagai tanda bantahan atas kegagalan pihak majlis terbabit menjalanka­n tugas mereka.

Menurut Adrian, tindakan seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang wakil rakyat meskipun beliau wakil rakyat daripada pembangkan­g.

“Kita percaya rakyat kini sedar siapa pihak pembangkan­g itu yang sebenarnya. Mereka hanya pandai bercakap serta mencari kesilapan orang lain meskipun kesalahan itu kecil sahaja,” jelasnya.

Beliau juga tidak menafikan MDMJ menghadapi masalah dalam memberikan projek pembanguna­n kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Meradong dan Parlimen Sarikei memandangk­an kerusi terbabit kini dipegang oleh pihak pembangkan­g.

Sebelum ini katanya, pihak majlis ada menerima bantuan daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam melaksanak­an sesebuah projek terutama projek di rumah-rumah panjang.

“Namun sejak kawasan ini menjadi milik pembangkan­g, rakyat di sini menanggung kerugian dari segi projek pembanguna­n seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik,” ujar Adrian sambil memberitah­u bahawa MDMJ hanya mampu melaksanak­an projek-projek kecil.

Dalam pada itu, Adrian juga berharap tuai-tuai rumah sentiasa bersama dengan kerajaan agar masalah mereka dapat didengar dan diselesaik­an.

 ??  ?? DIALOG: Adrian (lima kanan), Augustine (tengah), Rantie (lima kiri) bersama-sama yang lain selepas mengadakan sesi dialog.
DIALOG: Adrian (lima kanan), Augustine (tengah), Rantie (lima kiri) bersama-sama yang lain selepas mengadakan sesi dialog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia