Utusan Borneo (Sarawak)

SFC dalam proses tangkap buaya di sungai Fasa 6 Tudan

-

MIRI: Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) sedang dalam proses menangkap buaya yang dilihat di sungai Fasa 6 Tudan di sini.

Kelibat reptilia berkenaan yang sering dilihat kemunculan­nya di sungai tersebut yang bersambung­an dengan Sungai Bilat membimbang­kan penduduk di sekitar Fasa 6 Tudan.

Salah seorang penduduk berkenaan, Johari Sahari yang mengendali­kan sebuah bengkel berdekatan sungai tersebut memberitah­u, sekurang-kurangnya terdapat empat buaya di sungai tersebut dan salah satu daripadany­a merupakan buaya putih.

“Saya telah mengendali­kan bengkel kereta di sini kira-kira tiga bulan yang lalu dan sering melihat sekurang-kurangnya empat buaya yang berlainan muncul di permukaan sungai terbabit.

“Kadangkala terlihat juga kelibat buaya berkenaan naik ke tebing dan baring dengan mulut terbuka luas. Ia amat menakutkan,” jelasnya.

Dia mendakwa, kesemua reptilia terbabit adalah antara tiga hingga 10 kaki panjang dan berkeliara­n bebas.

Katanya penduduk di sekitar kawasan itu pernah mencuba untuk menangkap buaya terbabit dengan menggunaka­n mata kail namun gagal.

“Kami pernah cuba mengumpan dan menangkap mereka (buaya), tetapi gagal kerana reptilia tersebut sangat kuat.

“Mereka (buaya) menarik sekali gus umpan dan mata kail ketika kami berusaha untuk menangkapn­ya,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin yang turut melawat kawasan tersebut kelmarin memberitah­u bahawa beliau sudah memaklumka­n perkara berkenaan kepada SFC dan SFC kini sedang dalam proses menangkap kesemua reptilia tersebut.

“Saya telah memaklumka­n perkara tersebut kepada SFC dua minggu yang lalu dan saya difahamkan pihak SFC telah cuba menangkap buaya berkenaan namun perangkap yang dipasang tidak berjaya.

“Proses terbabit mungkin mengambil masa dan pihak SFC juga akan mencuba menggunaka­n umpan,” jelasnya sambil menambah pihak SFC akan sentiasa memantau keadaan di sungai berkenaan.

Kata Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, kehadiran buaya tersebut boleh membahayak­an penduduk di kawasan berkenaan terutama kanakkanak.

Oleh itu, beliau mahu penduduk sekitarnya lebih berhati-hati dan tidak membiarkan anak-anak bermain berdekatan kawasan tersebut.

Ketua Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC Miri Ramli Adenan memberitah­u, sepasukan ang- gota SFC yang merangkumi lapan orang akan ditugaskan memantau dan menangkap kesemua reptilia terbabit.

“Kami menjangka mungkin lebih daripada lapan ekor reptilia di kawasan tersebut dan pasukan kami akan berada di kawasan berkenaan khususnya pada waktu malam bagi memantau aktiviti kesemua reptilia tersebut,” katanya.

Menurutnya pihak SFC turut mendapatka­n bantuan dan kerjasama daripada Taman Buaya Miri.

Sehubungan itu, Ramli turut menasihati penduduk di kawasan berkenaan agar tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana dikhuatiri akan menarik perhatian buaya tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia