Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan bekas bomba kumpul dana untuk kebajikan ahli

-

BINTULU: Persatuan Bekas Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menganjur acara mengumpul dana untuk kebajikan dan pendidikan ahlinya yang memerlukan.

Pengerusin­ya William Jee berkata, acara mengumpul dana itu adalah sempena pelancaran cawanganny­a di sini.

“Persatuan ini ditubuhkan dua tahun lalu untuk mengiktira­f perkhidmat­an anggota bomba dan penyelamat kita yang telah bersara dan kalangan anggota yang cedera semasa berkhidmat menyelamat­kannyawada­nharta benda orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatannya dan ahli-ahli terhadap Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu Superinten­den Gregory Kurung Suwen di Balai Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu kelmarin.

Setakat ini, persatuan mendaftar seramai 58 ahli di seluruh Sarawak dan menggesa lebih ramai anggota bomba yang bersara menjadi ahli bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Menurutnya, majis malam amal mengumpul dana itu dilancarka­n di cawangan Bintulu pada14Nove­mber, jam7malam di Ballroom Hotel ParkCity Everly di sini dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sebagai penaung.

William berkata kebanyakan ahli adalah berumur 60-an dan 70-an dan ada antaranya tidak mempunyai kesihatan yang baik akibat menghidap pelbagai penyakit dan inilah sebabnya mengapa persatuan menganjurk­an majlis mengumpul dana supaya orang awam dapat membantu mereka dari segi kewangan.

“Bantuan ini adalah untuk ahli-ahli yang bersara dan telah lama berkhidmat menyumbang kepada masyarakat.

“Dengan penubuhan persatuan ini, kami berharap orang awam dapat membuka mata mengenai pengorbana­n anggota bomba yang bersara dan dapat membantu ahli-ahli memerlukan,” tambahnya.

Katanyaahl­i-ahlinyajug­aakan bergerak ke premis-premis perniagaan dan kilang-kilang untuk mendapatka­n dana persatuan.

“Saya telah pergi ke beberapa balai bomba di seluruh negeri ini dan mereka memberi respons yang baik dengan usaha yang kami lakukan ini,” jelasnya.

Sementara itu, Gregory memperakui kewujudan persatuan itu di Bintulu.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan idea untuk menganjur majlis mengumpul dana itu dan akan mengambil perhatian.

“Kami bersetuju dengan apa juga aktiviti dianjurkan oleh persatuan itu di sini dan saya percaya boleh menjadi landasan terbaik untuk kita menganjur lebih banyak aktiviti dan menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Pegawai Bahagian Pencegahan Kebakaran Asang Linggir turut menyokong usaha dilakukan persatuan itu dan mengalualu­kan usaha pengasasny­a menjadi perintis kepada jabatan.

“Kita tidak dapat mengelak dari usia tua dan dalam tempoh terdekat atau sampai waktunya kita berada di situ, jadi kita perlu memberi sokongan kepada persatuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia