Utusan Borneo (Sarawak)

Hospital baharu bukan janji kosong

Pembinaan Hospital Sri Aman yang baharu di peringkat tender: Dr Sim

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Datuk Senator Profesor Dr Sim Kui Hian menyelar tindakan segelintir ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bahagian ini yang sering mengeluark­an kenyataan tidak berasas menerusi media lebih-lebih lagi berhubung pembinaan Hospital Sri Aman yang baharu.

Menurut beliau, pembinaan hospital itu baharu di peringkat tender, bukannya janji kosong Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti yang didakwa pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Buat masa ini, pembinaan hospital berkenaan masih lagi di peringkat tender. Ia pasti akan dilaksanak­an dan ini bukan lagi isu bagi rakyat kita di sini,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung SUPP.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan anjuran Pergerakan Pemuda dan Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di sebuah restoran terkemuka di sini, malam kelmarin.

Dr Sim berkata, kenyataan yang tidak bertanggun­gjawab tersebut telah mengeliruk­an rakyat Sri Aman serta menyalahka­n Perdana Menteri dan wakil rakyat di kawasan itu.

“Perdana Menteri telah mengumumka­n pembinaan hospital baharu ini dibina se- cara berperingk­at-peringkat, bukannya pembinaan dalam sekelip mata.

“Oleh itu, mana- mana pihak yang mengeluark­an kenyataan yang tidak benar itu di akhbar tempatan sebelum ini seharusnya mempunyai bukti kukuh dan kenyataan yang benar,” tegasnya.

Justeru, katanya, proses pembinaan hospital itu akan memakan masa dan rakyat di bahagian ini harus bersabar kerana pelaksanaa­nnya perlu mengikut prosedur.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang yang juga Pengerusi SUPP

Buat masa ini, pembinaan hospital berkenaan

masih lagi di

peringkat tender.

Ia pasti akan

dilaksanak­an dan ini bukan lagi isu

“bagi rakyat kita di Datuk Senator Profesor Dr Sim Kui Hian Setiausaha Agung SUPP

sini.

Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, Pengerusi Pergerakan Wanita SUPP Central Datin Jenifer Alice Chee, Penasihat Parti SUPP Simanggang Temenggung Sii Toh Peng, Penasihat Pergerakan Pemuda SUPP Simanggang Kii King Hang dan Patrick Michael, Pengerusi Pergerakan Wanita SUPP Simanggang Ling Siew Hung serta yang lain.

 ??  ?? SALAM KEMERDEKAA­N : Dr Sim (empat kiri), Harden (lima kanan), Jenifer (empat kanan), Sii (tiga kiri) serta yang lain meraikan perayaan Kuih Bulan dan sambutan Hari Kemerdekaa­n pada majlis tersebut.
SALAM KEMERDEKAA­N : Dr Sim (empat kiri), Harden (lima kanan), Jenifer (empat kanan), Sii (tiga kiri) serta yang lain meraikan perayaan Kuih Bulan dan sambutan Hari Kemerdekaa­n pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia