Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan bantu tingkat standard, kualiti hidup rakyat

-

BARAM: Rakyat harus menyedari bahawa kerajaan menghulurk­an bantuan secara ikhlas dengan niat untuk memperting­katkan standard dan kualiti hidup mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata, antaranya adalah melalui naik taraf dan membekalka­n pengetahua­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) percuma kepada mereka.

“Kerajaan telah melihat bahawa Internet adalah salah satu medium untuk membuka fi kiran rakyat,” katanya pada perasmian Program Kembara Ilmu anjuran Pustaka Negeri Sarawak di Long Bedian kelmarin.

Walaupun mengakui bahawa halangan geografi dan topografi adalah salah satu daripada cabaran besar terutama bagi penduduk di kawasan pedalaman, namun ia bukanlah alasan untuk terlepas daripada menguasai ilmu pengetahua­n dimaksudka­n.

“Jangan fikir Internet hanya untuk mereka yang berada di kawasan bandar, semua orang harus mempelajar­i dan menguasain­ya,” jelasnya.

Melalui Internet juga, sekarang kerajaan bersama pihak swasta dapat merapatkan jurang pengetahua­n ICT antara penduduk bandar dan luar bandar.

Malah, kini transaksi secara talian dapat dilaksanak­an melalui Internet yang bermanfaat untuk menjimatka­n masa dan kos.

“Sebagai contoh, kita dapat membuat transaksi wang secara talian yang tidak memerlukan kita pergi ke cawangan bank di pekan atau bandar berdekatan,” ujar Dennis lagi.

Internet juga boleh di- gunakan untuk memulakan perniagaan secara talian sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmat­an.

Bagaimanap­un, Dennis mengingatk­an agar kemudahan dan pengetahua­n berkenaan tidak disalahgun­akan.

“Harus tapis dahulu maklumat sama ada sahih atau tidak kebenarann­ya dan jangan sesekali menggunaka­nnya ke arah yang salah atau anda bakal berdepan dengan pihak berkuasa,” tegas beliau.

Seramai 56 orang dewasa tempatan menghadiri program yang bertujuan untuk memperkena­lkan mereka dengan Internet, di Long Bedian, kelmarin.

Turut hadir Ketua Masyarakat Orang Ulu Baram Temenggung Elizabeth Deng dan Ketua Sektor ICT Pustaka Negeri Sarawak Wan Mazli Wan Razali.

 ??  ?? CELIK ICT: Dennis (berdiri, dua kiri) bersama yang lain ketika berlangsun­gnya program anjuran Pustaka Negeri Sarawak kelmarin.
CELIK ICT: Dennis (berdiri, dua kiri) bersama yang lain ketika berlangsun­gnya program anjuran Pustaka Negeri Sarawak kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia