Utusan Borneo (Sarawak)

Kolam renang awam Miri akan dinaik taraf: Lee

-

MIRI: Kolam renang awam Miri yang terletak bersebelah­an Dataran Kipas Miri di sini, akan dinaik taraf dengan kerja-kerja pembaikan secara besar-besaran akan dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu bagi mengenal pasti bahagian dan kerosakan yang perlu diperbaiki itu, sebelum ia dibentangk­an bagi mendapatka­n peruntukan.

“Kolam renang ini sudah lama dan berusia 25 tahun, oleh yang demikian sudah tiba masanya bagi kami mengkaji aspek keselamata­nnya dan peralatann­ya bagi memastikan sama ada ia masih berfungsi dengan baik atau perlu diganti baharu.

“JKR Bahagian Miri akan mengenal pasti bahagian dan peralatan yang perlu diperbaiki dan ditukar kelak, selepas mereka melakukan kajian terperinci dan melihat kepada struktur kolam renang ini termasuk bahagian dinding dan lantai serta bawah tanah untuk memastikan kestabilan dan tiada keretakan berlaku,” katanya.

Selain melakukan pembaikan, kerja-kerja mengubah suai kolam renang tersebut juga akan dilaksanak­an termasuk membina bumbung di beberapa bahagian.

Ditanya sama ada kerajaan akan membina kolam renang yang baharu bagi menggantik­an yang sedia ada, Lee berkata setakat tiada peran- cangan ke arah itu sebaliknya, kerja-kerja pembaikan secara besar-besaran dan pengubahsu­aian kolam renang tersebut dalam RMK-11 kelak akan menjadikan ia sebuah kolam renang yang ‘baharu’.

Lee berkata demikian ke- pada pemberita di sini, selepas mengadakan lawatan ke kolam renang awam itu kelmarin bagi meninjau keadaan dan kerosakan pam yang berlaku di bahagian operasinya.

Dalam lawatannya kelmarin, Lee diberi taklimat mengenai kerosakan yang berlaku pada dua pam air berkenaan, di mana terdapat kebocoran yang berlaku.

“Hanya sebuah yang masih beroperasi dengan baik, manakala dua lagi terdapat kebocoran pada bahagian tertentu namun masih dapat beroperasi dan kolam renang ini masih lagi dibuka kepada orang awam,” jelas Lee.

Sehubungan itu menurut Lee, beliau mengarahka­n kerja-kerja pembaikan sementara ke atas peralatan yang rosak itu dan menggantik­an jubin-jubin yang telah pecah di sekitar kawasan kolam renang tersebut.

Ia merupakan penyelesai­an jangka pendek sementara menunggu proses pembaikan besar-besaran dan pengubahsu­aian dilaksanak­an pada RMK11 kelak.

 ??  ?? PERJELAS: Jurutera bertugas memberi taklimat kepada Lee mengenai bahagian pam air yang rosak, di kolam renang awam Miri.
PERJELAS: Jurutera bertugas memberi taklimat kepada Lee mengenai bahagian pam air yang rosak, di kolam renang awam Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia