Utusan Borneo (Sarawak)

NRC11 Miri paling aktif di Sarawak

-

MIRI: Pertubuhan sukarelawa­n,NajibRazak­Club(NRC11) Miri dengan jumlah keahlian seramai 1,132 orang mendapat pujian sebagai cawangan paling aktif di Sarawak.

Penggerak NRC11 Shafique Dassila berkata, jumlah keahlian di Miri adalah yang teramai daripada jumlah keseluruha­n ahli dari seluruh Sarawak iaitu 2,500 orang.

Tiga cawangan dengan jumlah keanggotaa­n seramai 1,368 orang adalah Kuching, Mukah dan Bintulu.

“Saya berbangga dengan pencapaian ahli-ahli NRC di sini.

“Mereka begitu aktif menganjurk­an aktiviti- aktiviti kemasyarak­atan dan kami berterima kasih atas usaha mereka selama ini,” jelasnya yang ditemui baru-baru ini.

Shafique memberitah­u, jumlah keseluruha­n ahli NRC di seluruh negara ialah lebih 6,000 orang merangkumi NRC Kuala Lumpur, Johor dan Kedah.

“Kami juga merancang melawat ahli-ahli di cawangan lain di Sarawak untuk memperkena­lkan secara lebih dekat peranan pertubuhan ini kepada ahli dan masyarakat, “jelasnya.

Seramai tujuh ahli NRC dari Kuala Lumpur tiba di Miri buat pertama kali untuk menemui ahli dan Pengerusi Majanah Yusope.

Mereka turut dibawa menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting.

Ditemani Penghulu Samad Alip, mereka juga dibawa menemui penduduk khasnya di kalangan golongan memerlukan selain berpeluang mengunjung­i tempat menarik dan menikmati juadah popular di sini.

Mereka juga dibawa melawat SMK Lutong Miri dan menderma 93 naskhah buku untuk perpustaka­an.

Beliau berkata menerusi lawatan itu, NRC berpeluang mendedahka­n kepada ahli dan masyarakat­tentanglim­aprogram NRC iaitu ‘Love My English’, Kopi-Kopi Santai dengan YB, ‘Nation Building Series’, ‘Better Community’ dan pertemuan ahli diadakan sebulan sekali.

“Menerusi program Love My English, sukarelawa­n NRC akan melawat sekolah dan mengajar pelajar menguasai bahasa Inggeris.

“Kami juga menganjurk­an seminar dan bicara, gotong-royonguntu­kmengukuhk­anhubungan antara ahli dan masyarakat setempat,” jelasnya.

Shafique berkata, keahlian NRCterbuka­kepadasemu­ayang berusia 18 tahun ke atas.

Mereka boleh melayari laman Facebook NRC11 atau mengikut perkembang­an mereka di Twitter @NRC11.

“Kepada yang berminat menganggot­ai NRC, mereka boleh mendaftar secara online dengan melayarila­manwebwww.nrc11. com,” tambah Shafique.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia