Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia Sarawak diberi tanah bina asrama untuk pesakit kanser

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah memperuntu­kkan tanah seluas 1.21 hektar di Muara Tebas kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (PKKM) Cawangan Sarawak bagi tujuan membina asrama untuk pesakit kanser di negeri ini.

Justeru, Presiden Persatuan Paliatif Kuching Datuk Wee Hong Seng berkata pihaknya kini dalam proses perancanga­n membina kemudahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program Jasmine House.

“Antara rancangan termasuk menganjurk­an aktiviti untuk mengumpul dana,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal PKKM di sini, kel- marin.

Terdahulu, Wee menyatakan bahawa Jasmine House yang menyediaka­n perlindung­an untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) telah beroperasi sejak 1 Januari tahun ini selepas ia ditutup pada November 2013 untuk pengemasan dan penila- ian semula.

“Tahun lepas, Jasmine House telah membelanja­kan sekitar RM120,000 untuk penjagaan dan penyelengg­araan termasuk penyediaan makanan, tempat tidur, kelengkapa­n peribadi serta kemudahan asas untuk keselesaan pesakit dan ahli keluarga yang mengiringi mereka,” katanya.

Justeru, Wee menyampaik­an penghargaa­n kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan kepada Jasmine House.

Sementara sempena majlis itu, Wee telah menyerahka­n sumbangan berjumlah RM50,000 yang dikumpul daripada Majlis Makan Malam Amal tersebut kepada Pengerusi PKKM Cawangan Sarawak Dr Lam Chin Chyou.

Turut hadir menyaksika­n penyerahan sumbangan tersebut adalah Senator Datuk Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia