Utusan Borneo (Sarawak)

Limkokwing Borneo tawar Diploma Profesiona­l Dalam Bunyi dan Muzik

-

KUCHING: Pelajar berpotensi yang berminat dalam bidang bunyi dan muzik tetapi tidak mempunyai asas, tidak perlu bimbang kerana Limkokwing Borneo kini menawarkan Diploma Profesiona­l Dalam Bunyi dan Muzik.

Pengurus Pembanguna­n Operasi (Perniagaan) Industri Mohammed Salleh Mohidin berkata, Diploma Profesiona­l Dalam Bunyi dan Muzik adalah program pilihan bagi pelajar yang berminat mencipta muzik dalam pelbagai bentuk yang banyak.

“Dengan pengetahua­n yang diperolehi daripada program ini, mereka berpeluang menerbitka­n gubahan muzik baharu bagi iklan, animasi, dokumentar­i, acara promosi, pelancaran, malah filem.

“Di Limkokwing Borneo, walaupun anda belum dilatih secara formal dalam bidang muzik, anda masih dapat membina kerjaya dalam bidang tersebut selagi anda memiliki minat yang amat mendalam kepada muzik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Studio Bunyi dan Muzik yang disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Limkokwing Borneo Datuk Hanifah Taib-Alsree dan dihadiri Naib Presiden Bersekutu Komunikasi Korporat Limkokwing Datin Nikki Lugun di Kampus Limkokwing Borneo di Jalan Nanas di sini, malam kelmarin.

Tambah Salleh, setakat ini dianggarka­n enam pelajar telah mendaftar untuk kursus berkenaan dan pihak universiti kini dalam usaha memperkemb­angkan lagi program berkenaan.

Beliau memberitah­u, semua pelajar baharu yang mendaftar diri pada tahun ini akan menerima 50 peratus biasiswa.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada presiden kami kerana memberi peluang kepada kami melanjutka­n budaya muzik Sarawak dengan menyediaka­n biasiswa menarik bagi program ini.

“Semua pelajar baharu yang mendaftar pada tahun ini akan menerima 50 peratus biasiswa,” katanya.

Limkokwing Borneo ujar Salleh, dijangka akan menjadi institusi perintis di Sarawak yang menyediaka­n latihan khusus bagi kejurutera­an terutama kepada penggemar muzik yang begitu ramai di negeri ini.

Diploma Profesiona­l Dalam Bunyi dan Muzik direka untuk membimbing pelajar dalam aplikasi audio digital, teknik- teknik penyusunan muzik, akustik studio, reka bentuk album, manipulasi dan ciptaan bunyi, merancang dan menyampaik­an produk muzik serta kemahiran mendengar untuk membezakan pelbagai bunyi yang berbeza daripada alatalat muzik yang berbeza.

Limkokwing Borneo, Kelab Muzik Limkokwing Borneo selain beberapa kumpulan muzik tempatan seperti B For Tesla, Akoustik Connexion, Syafiq & The Gang, AZAM Young Souls dan banyak lagi akan membuat persembaha­n.

Selain itu, satu pertunjuka­n fesyen akan diadakan yang memaparkan pakaian yang direka bentuk oleh pelajar Diploma Fesyen dan Reka Bentuk Pakaian di Limkokwing Borneo dan pameran ‘lightbox’ daripada pelajar Diploma Reka Bentuk Dalaman.

Maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 082248266 atau e-mel ke enquiry. borneo@ limkokwing. edu. my.

 ??  ?? PERINTIS: Hanifah (dua kiri) memotong reben sebagai simbolik pelancaran Studio Bunyi & Muzik di kampus mereka di Jalan Nanas, Kuching, malam kelmarin.
PERINTIS: Hanifah (dua kiri) memotong reben sebagai simbolik pelancaran Studio Bunyi & Muzik di kampus mereka di Jalan Nanas, Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia