Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahan keharmonia­n, perpaduan

Kemerdekaa­n harus beri iktibar capai kemajuan dan kemakmuran negara

- Oleh Kepu Sidi

MATU: Keharmonia­n dan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini perlu dipertahan­kan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaa­n yang diraikan seluruh rakyat harus memberi iktibar bahawa hanya dengan keharmonia­n dan perpaduan, negara akan mencapai kemajuan dan kemakmuran.

“Rakyat perlu lebih menghargai dan mencintai sejarah yang selama ini menjadi pembuktian kewujudan negara.

“Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita harus menghargai sejarah. Pada masa yang sama, kita perlu menghargai jasa dan pengorbana­n pejuang terdahulu,” ujarnya pada majlis Sambutan Kemerdekaa­n

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita harus menghargai sejarah. Pada masa yang sama, kita perlu menghargai jasa

” dan pengorbana­n pejuang terdahulu. Abu Seman Jahwie ADUN Jemoreng

DUN Jemoreng di sini barubaru ini.

Sambutan kemerdekaa­n yang dianjurkan kali ini diadakan secara sederhana, namun penuh kesyukuran.

Semua acara berbentuk hiburan dibatalkan bagi menghormat­i mangsa tragedi MH370 dan MH17, diganti dengan majlis bacaan Yasin beramai- ramai di Dewan Suarah Matu.

Program turut dihadiri Pegawai Daerah Matu, Abdul Samad Mohd Sarif.

“Secara keseluruha­n, sambutan kali ini sederhana tetapi meriah. Kita ingin menghormat­i mangsa tragedi. Justeru, semua acara hiburan tidak dilangsung­kan.

“Kemampuan kita mengisi kemerdekaa­n dalam masa yang begitu singkat adalah sesuatu yang wajar dihargai dan disyukuri,” katanya.

Abu Seman yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri menegaskan gagasan 1Malaysia yang diterjemah sebagai asas perpaduan akan menjamin kepentinga­n setiap kaum.

Beliau memberitah­u, konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan perjuangan dalam memastikan kemajuan dapat dikecapi bersama.

“Saya percaya gagasan 1Malaysia akan diterjemah sebaiknya dalam pentadbira­n dan semua lapisan masyarakat akan mendapat pembelaan sewajarnya,” ujarnya lagi.

Sekitar 200 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan menghadiri majlis tersebut.

 ??  ?? MOHON KEBERKATAN: Abu Seman bersama dengan penduduk Matu mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai pada majlis Sambutan Kemerdekaa­n DUN Jemoreng baru-baru ini.
MOHON KEBERKATAN: Abu Seman bersama dengan penduduk Matu mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai pada majlis Sambutan Kemerdekaa­n DUN Jemoreng baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia