Utusan Borneo (Sarawak)

KEMBARA berjaya tawan puncak Gunung Kinabalu

-

KUCHING: Misi sembilan ahli Kelab Kembara Anak Sarawak (KEMBARA) untuk menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu kelmarin tercapai dengan kibaran bendera Sarawak di gunung tersebut.

Pada jam 5.45 pagi, tujuh daripada mereka berjaya tiba di puncak setelah berlepas dari Laban Rata pada jam 2.45 pagi manakala dua orang lagi tiba sejam kemudian.

Menurut ketua ekspedisi yang juga Presiden KEMBARA Yusuf Buji, dengan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut, cabaran mendaki gunung berkenaan pastinya bukan suatu perkara yang mudah.

Hanya mereka yang cukup stamina dan mempunyai ketahanan mental tinggi mampu berbuat demikian, ujarnya.

“Kesemua kami merupakan pertama kali mendaki gunung ini dan secara jujurnya kekuatan mental memainkan peranan utama untuk kami meneruskan pendakian sehingga ke puncak,” jelas beliau.

Namun katanya, berbekalka­n azam dan semangat ingin mengibarka­n bendera Sarawak di puncak sebagai penghargaa­n sempena sambutan Hari Malaysia Ke-51 pada 16 September nanti, akhirnya semua mereka berjaya sampai ke puncak.

Antara peserta yang terlibat dengan program ini ialah Rosleenda Sayumi Ismail, Evelin Ruman, Zamahari Abdullah, Rafidah Ali, Madeline Ayong, Al Mohd Radzi, Dayang Shamsinar Abang Shamsuddin dan Zamzuri Mohamad.

Beliau menambah, melalui aktiviti sebegini, selain menguji kekentalan minda dan fizikal ia dapat mengeratka­n hubungan setia kawan antara satu sama lain kerana kata-kata semangat sesama peserta membuatkan misi itu mencapai matlamatny­a.

“Ini merupakan aktiviti pertama KEMBARA di luar negeri Sarawak dan kami menjemput orang ramai terutama anak-anak tempatan yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyertai kami kerana banyak lagi aktiviti akan dianjurkan pada masa akan datang,” tambahnya.

KEMBARA didaftarka­n di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Mei lepas dan antara objektif penubuhan kelab ini ialah menghimpun orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti riadah, sosial dan sukan di negeri Sarawak.

 ??  ?? MISI DICAPAI: Yusuf (kiri) merakam kenangan bersama ahli-ahli KEMBARA yang lain di puncak Gunung Kinabalu.
MISI DICAPAI: Yusuf (kiri) merakam kenangan bersama ahli-ahli KEMBARA yang lain di puncak Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia