Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa digalak hantar anak-anak ke prasekolah

-

KUCHING: Ibu bapa digalak menghantar anak-anak mereka ke prasekolah untuk mengasah bakat mereka pada seawal usia.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, prasekolah merupakan langkah pertama untuk kanak-kanak mengenal potensi masing-masing.

Menyedari akan hal ini, kerajaan menurut Daud telah mewujudkan pelbagai prasekolah bagi memastikan setiap keluarga mempunyai peluang untuk menghantar anak-anak mereka.

“Prasekolah mendedahka­n kanak-kanak kepada pelbagai kemahiran dan di sinilah kanakkanak akan berjumpa dengan rakan pertama mereka.

“Bukan sahaja mengasah bakat anak-anak, malah pendidikan di prasekolah adalah sebagai persediaan untuk mereka melangkah ke alam persekolah­an sebenar,” katanya.

Daud berkata demikian ketika berucap pada Hari Potensi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Petra Jaya di Dewan Masyarakat Kampung Kolong 2 di sini kelmarin.

Mengulas mengenai program tersebut, Daud berkata inisiatif yang diambil oleh KEMAS ini amat bermanfaat dan ia terbukti menerusi persembaha­n mantap yang berjaya dipersemba­hkan oleh kanakkanak menerusi nyanyian, penceritaa­n dan sebagainya.

Malah menurut Daud, dalam visi negara untuk menjadi negara maju, generasi muda perlu dilatih sebagai pelajar yang bukan sahaja pintar dari segi akademik malah berbakat dalam pelbagai bidang.

Bagaimanap­un menurut Daud dalam kesibukan mengejar kecemerlan­gan, ibu bapa juga tidak boleh lupa untuk memantau anak-anak mereka terutama dalam penggunaan Internet.

“Di Sarawak, kita telah mengamalka­n tolerasi antara satu sama lain dan budaya untuk membenci antara satu sama lain adalah tidak diterima sama sekali.

“Justeru, anda sebagai ibu bapa perlu memantau penggunaan Internet di kalangan anak-anak anda bagi mengelak daripada terdedah kepada perkara yang tidak sihat,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Pegawai KEMAS Bahagian Kuching Mohd Tahir Abdul Rahman berkata program berkenaan merupakan acara tahunan yang fokus untuk menyediaka­n platform kepada anak-anak prasekolah KEMAS menunjukka­n bakat mereka.

Pada masa yang sama, menerusi penganjura­n program seperti ini KEMAS percaya ia mampu meningkatk­an tahap keyakinan diri, semangat kepimpinan dan kerjasama antara rakan-rakan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia