Utusan Borneo (Sarawak)

Kemasukan pelancong 4.3 juta

Abang Johari optimis sasaran akan dicapai menjelang hujung tahun ini

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Openg optimis jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini akan mencapai sasaran iaitu 4.3 juta menjelang hujung tahun ini.

Malah, beliau mendedahka­n setakat Jun lalu sebanyak 60 peratus daripada dua juta pelancong asing datang ke negeri ini iaitu meningkat 10

Pusat konvensyen kita iaitu BCCK boleh menggunaka­n jalan raya atau sungai yang pastinya memberi kelainan daripada pusat konvensyen yang ada di negara ini sekali gus menjadi tarikan untuk orang luar datang bersidang ke

” negeri ini. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Menteri Pelanconga­n

peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Kita yakin jumlah kemasukan pelancong tempatan mahupun luar negara ke negeri ini akan mencapai sasaran iaitu 4.3 juta menjelang hujung tahun ini.

“Setakat Jun lalu, sebanyak 60 peratus daripada 2 juta pelancong yang datang adalah pelancong asing manakala selebihnya adalah pelancong domestik dan ini menunjukka­n satu peningkata­n yang amat memberangs­angkan kalau dibandingk­an tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian The Ranee Boutique Suites Sarawak, Main Bazaar Kuching semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan memberitah­u peningkata­n kemasukan pelancong ke negeri ini hasil sokongan dan kerjasama pengusaha tempat penginapan yang berkualiti serta tarikan tersendiri Sarawak khasnya bandar raya Kuching.

“Peningkata­n jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak hasil sokongan beberapa sektor pelanconga­n seperti hospitalit­i, perubatan, perniagaan dan kawasan ta- rikan ekopelanco­ngan yang unik di sini.

“Justeru, saya berharap kerjasama erat ini dapat diteruskan bagi memastikan sektor pelanconga­n di negeri ini terus berkembang dan maju dalam usaha kita mencapai negara maju menjelang 2020 kelak,” tambahnya.

Beliau turut memberitah­u lokasi bandar raya ini yang strategik dan mempunyai pusat persidanga­n bertaraf antarabang­sa (BCCK) selain ditambah dengan prasarana moden menjadikan ia antara lokasi persidanga­n pilihan di Malaysia.

“Pusat konvensyen kita iaitu BCCK boleh menggunaka­n jalan raya atau sungai yang pastinya memberi kelainan daripada pusat konvensyen yang ada di negara ini sekali gus menjadi tarikan untuk orang luar datang bersidang ke negeri ini,” katanya lagi.

Selain itu, jelasnya kewujudan tempat penginapan bertaraf dan berkualiti di negeri ini juga menyumbang kepada peningkata­n kemasukan pelancong ke negeri ini.

“Saya berharap pengusaha tempat penginapan dan perhotelan dapat bersamasam­a mempromosi­kan sektor pelanconga­n di negeri ini dengan menyediaka­n suasana penginapan yang berkualiti kepada pelancong yang datang,” ujarnya.

Hadir sama isteri Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Empiang Jabu, Pengarah Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Rashid Khan, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Pengarah The Ranee Rosemarie Wong, Pengurus Besar Mary Chan dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? RASMI: Abang Johari menyalakan meriam sebagai simbolik perasmian pembukaan The Ranee sambil ditemani tetamu kehormat lain.
RASMI: Abang Johari menyalakan meriam sebagai simbolik perasmian pembukaan The Ranee sambil ditemani tetamu kehormat lain.
 ??  ?? TERIMA CABARAN:
Ahli jawatankua­sa eksekutif Hotel Pullman Kuching menyahut cabaran
TERIMA CABARAN: Ahli jawatankua­sa eksekutif Hotel Pullman Kuching menyahut cabaran

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia